Resah Setiap Kali Anak Diserang Asma?

Sesekali terjaga melihat keadaan anak di bilik. Risau dan letih. Dah beberapa jam anak kena serangan asma yang teruk. Pergi kecemasan pakai nebuliser. Bukan merungut tapi sampai bila anak kita perlu menahan penatnya asma, sesak nafas

Ibu mana yang tak risau kan bila lihat anak terseksa sebegitu.
Sedangkan anak digigit semut api pun kita dah cakna, inikan pula bila anak semput.

Buat para ibu, tak usah berputus asa. Berlapang dada lah.
Di sini suka untuk saya kongsikan 5 tips berguna menguruskan anak yang menghidap asma.

1. Bawa anak berenang tiap-tiap minggu

Berenang membantu melatih paru-paru anak kita. Paru-paru akan lebih kuat dan mengurangkan asma beransur-ansur.

2. Rebus bawang merah kecil
Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.

3. Menggunakan madu dan getah betik
Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik. Berikan anak kita minum sambil baca selawat.

4. Amalkan sirih
Ambil tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebus dengan 1 liter air hingga mendidih sepenuhnya.

Campurkan setengah gelas air rebusan dengan sesudu besar madu dan sesudu kecil air limau nipis. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

5. Menggunakan Minyak Herba Asmak
Sapu je minyak ini ke bahagian dada, leher dan belakang badan. Ramai ibu yang kata cara ini paling mudah dan berkesan.

Tak mampu nak buat semua pun tak apa. Sekurang-kurangnya, cubalah 2 atau 3 cara daripada tips ini.

Kurang asma anak maka kuranglah kerisauan kita. Jom ibu cuba tips di atas untuk permata hati. Mana tahu dengan izinNya, asma anak itu sembuh dengan ikhtiar ini.

#minyakherbaasmak
#Farrahcare

blog

Amalan menghilangkan batuk

Apabila saluran pernafasan tersekat, secara refleksnya kita akan BATUK. Sangat tidak selesa kan? Terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak.
.
Lagi memeningkan apabila mereka mengalami batuk berkahak.
Mulalah mereka tidak boleh tidur lena di waktu malam. .
Kita sebagai ibu bapa pun apa lagi kan. Risau lihat anak macam tu, terus diberikannya ubat.
Ubat yang dibeli dari farmasi-farmasi berdekatan.
Walhal tidak arif mengenai kandungan bahan kimianya.
.
Kami ada cadangan alternatif lain bagi ubat-ubatan ini.
Apa kata kita guna cara tradisional? InsyaAllah lebih selamat dan semula jadi.
.
.
Bagaimana? .
Antara cara yang boleh diamalkan ialah:-
.
1. Beri anak minum air perahan daun peria. Euwww… Pahit?
Jangan euww dulu. Kepahitan air perahan inilah yang sangat mujarab untuk hilangkan kahak anak tu. Buatlah berulang kali jika perlu. InshaAllah, anak anda akan mengalami perubahan ketara.
.
2. Ambil bawang besar 2 biji. Buangkan kulitnya dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya. Ambil 3 sudu besar air tapisan itu dan beri kepada anak anda. Teruskan selama 2 hari berturut-turut.
.
3. Sapukan Minyak Herba Asmak.Cara ini paling mudah dan cepat untuk dilakukan. Terutamanya pada waktu tengah malam. Hanya perlu sapu minyak ini di bahagian dada, leher dan belakang badan anak anda. Rupa-rupanya, ramai sungguh ibu di luar sana yang berpuas hati dengan keberkesanan minyak ini.
.
.
Nak lagi tips?
Rasanya 3 tips ini dah cukup kot buat masa sekarang.
Buat dulu 3 tips itu. Lihat bagaimana kesannya.
.
Ingat, anak anda sihat, anda pun senang hati. Anak anda pasti tidur lena tanpa gangguan. Kerana tiada lagi batuk di malam hari.
.
p/s: Jika ada sebarang soalan, boleh terus tanya di ruangan komen ya.

gambar1

7 Jenis Makanan Yang Menambah Kahak Dan Lendir Ketika Sakit

Kahak dan lendir adalah antara penambah susah ketika kita sedang batuk atau selesema. Dahlah batuk, lepas tu kahak melekat kuat di kerongkong.
.
Tahukah puan-puan, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan supaya kahak dan lendir tu senang dikawal dan dikurangkan?
.
Ini antara senarai makanan tersebut:
.
1. Produk tenusu (cheese, yogurt, susu penuh krim etc)
2. Telur
3. Makanan yang kaya gula (biskut, kek, pastry)
4. Makanan yang digoreng tenggelam (deep fried)
5. Semua jenis makanan berasaskan soya
6. Minuman atau makanan yang mengandungi kafein (kopi, teh)
7. Makanan berasaskan gandum (roti, muffin etc)
.
Mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang tersenarai di atas akan membuat puan/anak puan semakin selesa walaupun batuk/selesema.
.
Apa pula jenis makanan yang membantu melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kahak dan lendir tersebut? Norah akan cerita di posting seterusnya ya.
.
.
#infobyMHAMSB
#Farrahcare
#minyakherbaasmak

14980632_1292248620796816_6787484181481656156_n

MALAPETAKA KEPADA PESAKIT ASMA AKIBAT ASAP ROKOK

Apa yang berlaku kepada salur pernafasan sebaik sahaja terkena asap rokok?
.
Peringkat Pertama
.
Di saat sel-sel di sekeliling salur pernafasan terkena asap rokok, lapisan permukaan salur tersebut akan mula membengkak. Tapi anda tak akan perasan. Tak kisah sama ada anda perokok ataupun ‘second-hand smoker’. Kesannya tetap sama.
.
Kalau diameter salur tu masa normal 5cm, bila dah membengkak akan jadi makin sempit. Mungkin tinggal 2cm je.
.
Peringkat Kedua
.
Pernah dengar perkataan ‘mucus’? Di peringkat kedua inilah mucus tu akan terbentuk di permukaan salur pernafasan. Mukus tu melekit dan mengambil masa yang lama nak hilang. Alah, ibarat paip di sinki yang dipenuhi sisa makanan lama, macam tu lah.
.
Peringkat Ketiga
.
Haa..masa ni dah agak terlambat. Mukus yg terbentuk tadi dan ditambah pula dengan salur yang membengkak tu, akan menyebabkan salur pernafasan tersumbat. Sebab tu orang yg ada asma boleh tercungap-cungap macam ikan yang naik di daratan. Sentiasa tak cukup nafas.
Laluan udara ke peparu dah tersekat. Macam mana udara nak sampai?
.
.
Dan yang sangat tak menyeronokkan tu, effect asap rokok tu boleh ‘membatalkan’ kesan ubat yang kita ambil. Maksudnya, SIA-SIA makan ubat tapi orang kat sekeliling kita menghisap rokok. Kita yang jadi mangsa.
.
Kesimpulannya, tiada yang baik datang dari rokok. Kenapa orang masih merokok ye?
Tag kawan-kawan yang masih merokok di post ini. semoga memberi manfaat.
.
.
#info by MHAMSB
#minyakherbaasmak
#farrahcare14947397_1808634156088866_8774349345466078156_n

Kenapa pilih Minyak Herba Asmak????

Kenapa #minyakherbaasmak ni best sangat???
Sekali sapuan dah rasa keberkesanannya???
Sesuaikah digunakan untuk semua golongan???
Eh betullah uolls😊😊
.
Sebabnya 💖💖💖💖
*Kandungan minyaknya terdiri dari herba2 terpilih
*menggunakan teknologi nano yang menjadikan kadar resapan di kulit lebih cepat & keberkesanannya lebih cepat
* minyak yang berangin tapi tidak panas
*kandungan minyak tidak ‘overdose’
*dijamin suci dan selamat digunakan
Rasanya cukup setakat ini dahulu..

Next time
Sy akn share lebih bnyk info & testimoni pengguna.
Tak sabar tuk mendapatkannya..
Wassap ➡0168313664
Wassap➡0168313664
Tengss..

14523079_10207385246091960_7774415723858274378_n

Pengalaman merawat anak terkena chicken pox

Sebulan yang lepas norah balik kampung husband di kelate. Bercuti lebih kurang 2 minggu. Masa cuti tu ada seorang anak saudara terkena jangkitan chiken pox.

Sebagai ibu, memang agak stresssss sebab penyakit ni senang berjangkit uols lebih2 lagi dengan baby kan kan . So, setiap masa memang berjaga2 dari bersentuhan / berdekatan dengan anak saudara tu.. Cian betul.

Sekembalinya ke kota kinabalu , norah hantar anak ke taska. Rupanya di taska pun ada baby yang dijangkiti chiken pox. Aduss, bertambah stressss lagi.

Hari ni, Norah bawa baby hannah pegi klinik. Hari ini dah hari ke-2 baby hannah dijangkiti chiken pox. Doktor berikan ubat minum 2 jenis & sejenis ubat sapu.

Apa yang norah nak share kat sini. Ubat sapu yang diberikan agak sedikit. Cuma 2g kot. Terpaksa berjimat uolss. Sapuan d tempat2 kritikal saja.Jadik norah pun tambahkan lagi sapuan #Bedakasma’ kat badan baby. Boleh sapu kat badan, muka, tangan & kakinya.

Alhamdulillah, bedak ini banyak membantu bintik2 merah di badan baby mengering dengan cepat. Baby pun rasa selesa & kurang merenggek.

Semoga baby hannah segera sembuh yea. Ameen.

#rawatanchikenpox

14440924_10207400051422084_800999473919030838_n

Tips mudah mulakan bisnes online

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Semakin hari bisnes online semakin maju & diterima oleh orang ramai. Kalau dulu memang susah orang nak serah duit gitu je. Sekarang, fuuh.. Klik je maybank2u.. terus bayar tanpa fikir panjang.. Hahahahah.. Siapa pernah buat ni??? Cepat mengaku.

So, sesiapa yg tak ambik peluang ni memang rugi besar iye. Baiklah disini norah nak kongsikan 3 tips mudah nak mula bisnes online untuk uolss yg baru nk start.

1. Produk
Sebut pasal produk don’t worry. Berlambak produk kat market skrng. Pilihlah produk yg korang rasa serasi, ada guideline dari pemilik produk dan harga acceptable. Yang penting nk dapatkan momentum berniaga tu.

2. Platform
Apa benda platform tu??? Platform tu saluran pemasaran tuk produk yang kita jual. Ye la, takkan produk tu nak simpan kat stor je smpi berkulat..kikikiki. eh.. Klu tak promo boleh kah?
Hahahahaha.. Boleh, nanti semua produk tu ko pakai sendirilah.
Ok.. Ok.. Ok
Ni dia platform pemasaran produk yg biasa digunakan. FB, instagram, tweeter, wassap, blog, email dll. Pilihlah platform mana yang korang biasa. Fokus satu platform dulu.

3. Pemasaran
Produk & platform dah pilih???
Bolehlah start menjual.
Korang jangan frust klu blm ada yg beli.
Proses tuk menarik org membeli memang lama ye. Paling awal seminggu… Kekadang smpi 6 bulan baru ada respon.
Yang penting start dulu..
Baiklah, setakat ini dulu perkongsian ilmu dari norah. Lets start..

#berkongsiilmu

buat-duit-online

Apa yang akan terjadi apabila ASMA tidak dirawat?

Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawat dengan baik. Dan perkara-perkara tersebut semuanya mempengaruhi hidup si penghidap asma.
.
Gangguan kualiti tidur
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kualiti kerja. Tiada orang yang boleh bekerja dengan baik dalam keadaan mengantuk.

Kurangnya aktiviti fizikal
Apabila aktiviti fizikal berkurang, maka risiko obesity akan meningkat. Siapa kata obese bagus? Biasanya mereka yang obese akan mempunyai masalah-masalah lain di kemudian hari seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Perubahan di salur udara.
Serangan asma yang semakin kerap akan mengubah struktur salur udara dalam jangka masa panjang. Dan biasanya, perubahan ini adalah kekal sepanjang hayat. Apabila salur udara berubah dan rosak, peparu akan mengalami kekurangan oksigen dan menjadi rosak dalam jangka masa panjang.

Hospital
Tahukan anda, asma adalah sebab ketiga terbesar kanak-kanak dimasukkan ke hospital di US. Dan mereka tidak akan dibenarkan balik selagi mereka tidak dapat bernafas seperti normal.

Kematian
Ada satu pertubuhan di US yang menemui kadar kematian disebabkan asma, iaitu 9 orang mati disebabkan asma setiap hari. Jika di Malaysia, mungkin lebih sedikit jumlahnya. Kebanyakan kematian tersebut adalah kematian yang boleh dielakkan dengan rawatan yang sepatutnya.
.

14572976_1265543763467302_8238294427600450369_n

#info by MHAMSB
#MinyakHerbaAsmak
#farrahcare