Kenapa pilih Minyak Herba Asmak????

Kenapa #minyakherbaasmak ni best sangat???
Sekali sapuan dah rasa keberkesanannya???
Sesuaikah digunakan untuk semua golongan???
Eh betullah uolls😊😊
.
Sebabnya 💖💖💖💖
*Kandungan minyaknya terdiri dari herba2 terpilih
*menggunakan teknologi nano yang menjadikan kadar resapan di kulit lebih cepat & keberkesanannya lebih cepat
* minyak yang berangin tapi tidak panas
*kandungan minyak tidak ‘overdose’
*dijamin suci dan selamat digunakan
Rasanya cukup setakat ini dahulu..

Next time
Sy akn share lebih bnyk info & testimoni pengguna.
Tak sabar tuk mendapatkannya..
Wassap ➡0168313664
Wassap➡0168313664
Tengss..

14523079_10207385246091960_7774415723858274378_n

Pengalaman merawat anak terkena chicken pox

Sebulan yang lepas norah balik kampung husband di kelate. Bercuti lebih kurang 2 minggu. Masa cuti tu ada seorang anak saudara terkena jangkitan chiken pox.

Sebagai ibu, memang agak stresssss sebab penyakit ni senang berjangkit uols lebih2 lagi dengan baby kan kan . So, setiap masa memang berjaga2 dari bersentuhan / berdekatan dengan anak saudara tu.. Cian betul.

Sekembalinya ke kota kinabalu , norah hantar anak ke taska. Rupanya di taska pun ada baby yang dijangkiti chiken pox. Aduss, bertambah stressss lagi.

Hari ni, Norah bawa baby hannah pegi klinik. Hari ini dah hari ke-2 baby hannah dijangkiti chiken pox. Doktor berikan ubat minum 2 jenis & sejenis ubat sapu.

Apa yang norah nak share kat sini. Ubat sapu yang diberikan agak sedikit. Cuma 2g kot. Terpaksa berjimat uolss. Sapuan d tempat2 kritikal saja.Jadik norah pun tambahkan lagi sapuan #Bedakasma’ kat badan baby. Boleh sapu kat badan, muka, tangan & kakinya.

Alhamdulillah, bedak ini banyak membantu bintik2 merah di badan baby mengering dengan cepat. Baby pun rasa selesa & kurang merenggek.

Semoga baby hannah segera sembuh yea. Ameen.

#rawatanchikenpox

14440924_10207400051422084_800999473919030838_n

Tips mudah mulakan bisnes online

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Semakin hari bisnes online semakin maju & diterima oleh orang ramai. Kalau dulu memang susah orang nak serah duit gitu je. Sekarang, fuuh.. Klik je maybank2u.. terus bayar tanpa fikir panjang.. Hahahahah.. Siapa pernah buat ni??? Cepat mengaku.

So, sesiapa yg tak ambik peluang ni memang rugi besar iye. Baiklah disini norah nak kongsikan 3 tips mudah nak mula bisnes online untuk uolss yg baru nk start.

1. Produk
Sebut pasal produk don’t worry. Berlambak produk kat market skrng. Pilihlah produk yg korang rasa serasi, ada guideline dari pemilik produk dan harga acceptable. Yang penting nk dapatkan momentum berniaga tu.

2. Platform
Apa benda platform tu??? Platform tu saluran pemasaran tuk produk yang kita jual. Ye la, takkan produk tu nak simpan kat stor je smpi berkulat..kikikiki. eh.. Klu tak promo boleh kah?
Hahahahaha.. Boleh, nanti semua produk tu ko pakai sendirilah.
Ok.. Ok.. Ok
Ni dia platform pemasaran produk yg biasa digunakan. FB, instagram, tweeter, wassap, blog, email dll. Pilihlah platform mana yang korang biasa. Fokus satu platform dulu.

3. Pemasaran
Produk & platform dah pilih???
Bolehlah start menjual.
Korang jangan frust klu blm ada yg beli.
Proses tuk menarik org membeli memang lama ye. Paling awal seminggu… Kekadang smpi 6 bulan baru ada respon.
Yang penting start dulu..
Baiklah, setakat ini dulu perkongsian ilmu dari norah. Lets start..

#berkongsiilmu

buat-duit-online

Apa yang akan terjadi apabila ASMA tidak dirawat?

Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawat dengan baik. Dan perkara-perkara tersebut semuanya mempengaruhi hidup si penghidap asma.
.
Gangguan kualiti tidur
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kualiti kerja. Tiada orang yang boleh bekerja dengan baik dalam keadaan mengantuk.

Kurangnya aktiviti fizikal
Apabila aktiviti fizikal berkurang, maka risiko obesity akan meningkat. Siapa kata obese bagus? Biasanya mereka yang obese akan mempunyai masalah-masalah lain di kemudian hari seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Perubahan di salur udara.
Serangan asma yang semakin kerap akan mengubah struktur salur udara dalam jangka masa panjang. Dan biasanya, perubahan ini adalah kekal sepanjang hayat. Apabila salur udara berubah dan rosak, peparu akan mengalami kekurangan oksigen dan menjadi rosak dalam jangka masa panjang.

Hospital
Tahukan anda, asma adalah sebab ketiga terbesar kanak-kanak dimasukkan ke hospital di US. Dan mereka tidak akan dibenarkan balik selagi mereka tidak dapat bernafas seperti normal.

Kematian
Ada satu pertubuhan di US yang menemui kadar kematian disebabkan asma, iaitu 9 orang mati disebabkan asma setiap hari. Jika di Malaysia, mungkin lebih sedikit jumlahnya. Kebanyakan kematian tersebut adalah kematian yang boleh dielakkan dengan rawatan yang sepatutnya.
.

14572976_1265543763467302_8238294427600450369_n

#info by MHAMSB
#MinyakHerbaAsmak
#farrahcare