CARA KENALPASTI EKZEMA

Siapa setuju kalau saya katakan yang ekzema tu sebagai salah satu musuh ketat golongan ibu?
.
Walaupun yang terkena tu anak kita, tapi kita yang si ibu ni pun mesti terasa rimas juga kan..tak sampai hati tengok anak tergaru-garu..
.
Kalau nak tahu, ekzema ni sebenarnya agak berbeza dengan penyakit kulit lain. Ada cara nak kenalpasti ekzema tu. Kat bawah ni saya tuliskan beberapa tanda-tanda ekzema.
.
Radang pada sesetengah bahagian kulit
Bengkak, gatal, serta ruam merah. Tapi kadang-kadang nampak macam kesan melecur
Ada juga yang lebih teruk, kulit yang seperti melecur tu boleh jadi berair. Rasanya macam terbakar. Dan biasanya gatal akan datang sekali
Tempat yang selalu kena ialah bahagian muka, leher, sendi tangan serta siku.
Bila dah kering, kulit tersebut akan berkerak

#info by MHAMSB

Tanda-tanda awal Resdung

Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil. Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu anda tahu:

📌Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas.
📌Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
📌Sakit gigi.
📌Sakit kepala.
📌Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
📌Hidung bernafas dan tersumbat.
📌Nafas bau.
📌Mata gatal.
📌Tidur mendengkur.
📌Rambut ada kelemumur.
📌Timbul jerawat.
📌Bertindakbalas pada makanan terperap dan suhu sejuk.

Jom rawat resdung anda dengan Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak. Cuba lah! Mana tahu berkesan😊😊
Boleh tinggalkan komen di ruangan di bawah.

78ffe-try

7 Perkara Ini Yang Akan Membuatkan Asma Anda Makin Teruk

Sejarah Asma Dalam Keluarga (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

Jantina dan Umur
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

Allergy
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

Merokok
Tanpa perlu diterangkan lagi, tiada kebaikan yang boleh didapati dari amalan merokok. Anda sakit, anak menderita.

Pencemaran Udara
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar.

Obesiti
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.

Jangkitan Virus Di Peparu
Jangkitan di peparu seperti pneumonia sememangnya akan menyebabkan asma semakin kronik. Amalkan cara hidup yang bersih.
.
.
#info by MHAMSB
#MinyakHerbaAsmak
#farrahcare

14996426_10154959296209206_1138215948_n

 

JANGAN BERIKAN UBAT BATUK SELSEMA UNTUK ANAK BAWAH UMUR 3 TAHUN

 

“Assalamualaikum Doktor. Saya ingin bertanya sedikit mengenai bayi saya yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sangat fobia sebab anak ke empat saya dulu batuk selesema, doktor sebuah klinik swasta kata tidak boleh bagi pada bayi. Hanya ubat sembur kat hidung..tapi masih selesema..Akhirnya anak saya warded sebab kahak pada paru-paru. Kenapa ye doktor? Kalau bagi pada dos seumur bayi boleh tak? Terima kasih.”

Bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Terdapat garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat anthistamin (ubat batuk dan selesema). Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yang mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan sampingan yang teruk seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan nyawa.

Ia boleh berlaku pada kanak-kanak yang sensitive terhadap ubat antihisamin atau kanak-kanak yang diberikan ubat berlebihan dos.

Namun ada juga doctor yang memberikan ubat tersebut, setelah pemeriksaaan dan percaya ubat antihistamin ini memberikan manfaat pada kanak-kanak itu.Namun ini memerlukan kemahiran dan pengalaman doktor.

Credit to Dr Zubaidi Ahmad

Dipersilakan untuk LIKE, KOMEN dan SHARE untuk manfaat semua.

#farrahcare
#ubatselsema
#minyakherbaasmak

 ubat

KESILAPAN PALING BIASA SEMASA MENGGUNAKAN INHALER

Anak akak guna inhaler? Doktor pernah ajar cara-cara guna inhaler dengan betul tak?
.
Hah, ini yang ramai orang terlepas pandang ni. Inhaler memang perlu untuk waktu kecemasan, tapi kalau guna dengan cara yang tak betul, dah tak berapa menjadi nanti.
.
Di bawah ni Norah dah tuliskan cara-cara dan step yang betul semasa menggunakan inhaler. Baca baik-baik dan share ya 😉
.
Goncang inhaler tu beberapa kali
Buka penutup dan pegang inhaler dengan terbalik
Dongak sedikit dan HEMBUS NAFAS (yang ni ramai tak buat)
Masukkan bukaan sprayer inhaler tu ke dalam mulut dan kemam dengan rapat.
Tekan spray, lepas, dan kemudian sedut nafas dalam-dalam melalui mulut dengan cepat.
Cuba tahan nafas dalam kiraan 10 saat.
Jika masih berterusan, ulang kembali dari langkah pertama

.
.
#info by MHAMSB 

#Farrahcare

#rawatanasma

#minyakherbaasmak

 

14192549_1231123016909377_3058266889051481841_n