Ruam panas di kalangan bayi

Kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak.
.
Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap.
.
Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya.

ruam-panas
Ruam panas di kalangan bayi

.
Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.
.
Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.
.
.
Credit to : Info Kesihatan

Adakah bayi anda masih mengalami ruam panas? Mahu dapatkan rawatan semulajadi untuk merawatnya?

Mari dapatkan bedak asmak. Bedak yang diperbuat dari 100% tanah liat putih yang berfungsi merawat sebarang penyakit kulit.

Hubungi :

Norah. Pengedar sah mhamsb.SD03001.

016 831 3664

016 831 3664

016 831 3664