CARA MENCUCI MUKA YANG BETUL DAN MENGEKALKAN KETEGANGAN

Hi semua, Norah hari ini berbesar hati nak kongsi cara mencuci muka yang betul. Bukannya main tenyeh sembarangan ye, kesian kat kulit muka tu.

Baiklah di sini Norah nak kongsi langkah-langkahnya:

  1. Sebelum memulakan cuci muka, pastikan tangan anda dibersihkan ye. Jangan dibiarkan tangan yang kotor menyentuh wajah anda yang comel tu. Ye la, seharian bermacam-macam aktiviti yang kita buat. Pasti terdapat kotoran-kotoran degil di tangan anda.
  2. Bila tangan dah bersih, boleh lah ambil pencuci muka anda. Ikut arahan cara pemakaian yang disarankan oleh produk tersebut. Terdapat 2 jenis pencuci muka yang ada di pasaraan iaitu samada jenis berbuih atau tidak. Sebenarnya pencuci muka yang baik mestilah tidak berbuih. Lagi banyak buih, lagi teruk dan akan mengganggu fungsi kulit. Buih akan mengganggu penghasilan minyak semulajadi atau natural pil pada kulit kita. Natural oil ini penting tau, jika kekurangan minyak kulit akan menggelupas dan menyebabkan kulit menjadi semakin sangat kering. Oleh itu, kulit akan lebih mudah terkena infection, jerawat dan premature aging.  Oleh itu, inilah sebab kenapa pencuci muka Ardini Cleanser tidak berbuih. (Boleh rujuk gambarajah )
fb-cleanser
Pencuci muka ardini essential tanpa buih
  1. Kemudian, gosokkan dengan lembut di wajah anda. Ikut seperti gambarajah di bawah. Elakkan berlaku kasar dengan kulit wajah anda.
cuci-muka-yang-betul
Cara mencuci muka yang betul
  1. Selepas selesai mencuci muka, bilas muka dengan air suam diikuti dengan air sejuk.
  2. Akhir sekali, lap muka anda dengan tuala khusus untuk muka sahaja ye. Tak mau tuala yang dicampur untuk mengelap tubuh badan tau.

Selamat mencuba

INHALER ADA BANYAK JENIS, ANDA GUNA YANG MANA SATU? .

Yes, memang betul. Inhaler ada macam-macam jenis dan fungsi. Dan biasanya jenis-jenis inhaler ni dapat dibezakan dengan warna penutup ni.
.
Kalau kita ada anak kecil yang menhidap asma, kita nak standby inhaler yang mana satu? Sebab kalau tersalah pilih inhaler, lain jadinya nanti.
.
Hari ni Norah nak cerita pasal jenis-jenis inhaler yang terdapat di pasaran.
.

jenis-inhaler
Jenis-jenis inhaler


1# Reliever (short-acting)
.
Inhaler jenis ni biasanya berpenutup warna biru pekat. Inilah inhaler yang paling popular dan paling banyak digunakan. Kalau nak tahu, inhaler ni lah yang paling sesuai untuk waktu-waktu kecemasan, sebab kesannya pantas. Tapi tak sesuai untuk serangan asma yang lama.
.
2# Controller (long-acting)
.
Inhaler jenis controller ni tak sesuai untuk waktu-waktu kecemasan, sebab fungsi dia lambat sedikit. Kalau tanda-tanda serangan asma tu tak berapa jelas dan teruk, bolehlah pakai.
.
Tapi kalau serangan asma tu lama, selepas pakai yang reliever bolehlah pakai yang ni.
.
Biasanya inhaler ni penutup dia warna biru cair.
.
3# Preventer
.
Kalau nampak inhaler yang penutup dia warna merah, haa..itu lah dia inhaler dari jenis preventer. Kesan dia tak nampak sekarang, tapi boleh rasa dalam jangka masa panjang. Fungsi dia untuk mencegah serangan asma, tapi cuma sebagai ikhtiar je. Untuk mencegah ye, bukan untuk memulihkan.
.
Kesimpulannya, tugas inhaler ni cuma sebagai melegakan saja, bukan untuk memulihkan. Dan cara-cara menggunakan inhaler pun ada teknik-teknik dia, bukan sebarangan je. Kalau Norah nak terangkan, ada yang nak baca ke? Kalau ada nanti Norah cerita lagi.
.
.
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Adakah anak anda masih mengalami asma? Perlukan rawatan yang mujarab? Mari dapatkan Minyak Herba Asmak sekarang.

Hubungi:

Norah. Pengedar sah MHAMSB.SD03001

016 831 3664

016 831 3664

016 831 3664