6 fakta mengenai batuk pada anak

Ada tak mak ayah kat sini mempunyai masalah anak yang sering batuk atau jika batuk pasti lambat nak sembuh. Tentu perkara ini amat merunsingkan kan? Lebih-lebih lagi jika anak berumur di bawah 2 tahun. Masa ni mereka tak boleh nak buang kahak sendiri. Jadi kahak makin banyak berkumpul di saluran pernafasan. Kesian sangat kalau difikirkan.

.

Baiklah, di sini kak norah nak kongsikan beberapa fakta mengenai batuk yang perlu mak ayah tahu untuk mengurangkan rasa kerisauan. Terdapat 6 fakta utama mengenainya yang boleh dikaitkan dengan anak-anak.

.

  1. Sebenarnya batuk adalah satu gejala dan bukannya sejenis penyakit. Penyebab utamanya adalah infeksi virus. Oleh itu, anak anda TIDAK PERLU antibiotik.
  2. Antibiotik untuk batuk seperti dekstrometorfan dan codein tidak diperlukan
  3. Batuk adalah satu tindakbalas yang bertujuan untuk membersihkan laluan pernafasan. Ia membantu mengeluarkan kotoran dalam saluran pernafasan.
  4. Setiap kali batuk, kahak akan terbentuk. Ini merupakan reaksi tubuh atas peradangan. Cara mengatasinya adalah dengan banyakkan minum, tidak perlu makan ubat pencair kahak.
  5. Pencair kahak terbaik adalah seperti air susu ibu, air putih dan kuah sup
  6. Paling utama mak ayah hendaklah sentiasa memantau perkembangan penyakit anak masing-masing.

Sumber: bijak-antibiotik.com

Perkongsian Norah Tuah