Macam Mana Nak Bezakan Asma Dengan Pneumonia?

Ramai yang keliru pasal ni. Susah juga ni. Saya cuba ringkaskan seboleh yang mungkin ya.
.
Beberapa symptom asma sama dengan symptom pneumonia. Contohnya, sesak nafas, batuk, dan peningkatan kadar denyutan jantung.
.
Kalau tengok kepada ‘punca’ pula, pneumonia ni disebabkan oleh jangkitan. Manakala asma pula ada banyak punca, contohnya genetik (keturunan), pekerjaan dan sebagainya.
.
Orang yang ada asma, boleh ada pneumonia. Tapi orang yang ada pneumonia, tak semestinya akan ada asma.
.
Mereka yang ada asma, biasanya takkan disertai demam. Tapi mereka yang ada pneumonia, boleh jadi mereka akan demam dengan suhu yang tinggi.
.
.
#infobyMHAMSB 

#MinyakHerbaAsmak

pneumonia