KALAU SAYANG ANAK, SIMPAN ELOK-ELOK BAHAN BERBAHAYA

Kalau dah start ada anak kecil, anda perlu pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih bukannya macam tongkang pecah dah.

Jangan ambil mudah tentang semua benda. Kadang benda macam ni boleh meragut nyawa anak anda. Antara tips untuk anda elakkan perkara sebegini berlaku :

 Semak semula semua bahan-bahan berbahawa dalam rumah anda. Pastikan semuanya dilabelkan dengan jelas dan jauh dari capaian anak anda.
 Kuncikan almari dan laci di mana anda menyimpan bahan-bahan berbahaya ini. Atau anda boleh letakkannya dalam kabinet besar atau kotak yang berkunci, dan simpan di mana anak anda tidak dapat mencapainya. Jangan letakkan bahan-bahan ini dalam almari atau kotak yang tidak berkunci, walaupun di tempat yang tinggi. Jika anak anda sudah berjalan, dia mungkin boleh memanjat kerusi untuk mencapai almari yang tinggi itu.
 Jangan tinggalkan ubat di dalam bilik sebagai peringatan untuk anda mengambilnya. Sebaliknya tulis peringatan itu untuk diri sendiri.
 Jangan bawa ubat dalam poket atau beg tangan anda. Dan jangan benarkan anak anda bermain dengan bekas ubat yang kosong. Dia mungkin akan belajar bagaimana hendak membuka penutup yang kalis kanak-kanak itu.
 Simpan ubat, racun serangga dan produk pencuci dalam bekasnya yang asal. Jangan sekali-kali masukkan produk beracun atau bertoksik dalam bekas yang pernah digunakan untuk mengisi makanan, kerana anak anda mungkin menyangkakan ianya sesuatu yang boleh dimakan.
 Simpan sebarang beg yang dibawa oleh tetamu jauh dari capaian anak anda. Beg-beg tangan biasanya mengandungi ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain.
 Apabila anda pergi bercuti dan tinggal di rumah seseorang, pastikan anda tahu di mana ubat-ubat dan bahan-bahan berbahaya yang lain disimpan. Tidak semua rumah disusun mengikut keperluan bayi yang sedang merangkak atau anak kecil yang bersifat ingin tahu.

Bertindak sekarang. Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak meraung.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

didik-anak

PAYU DARA MEMBENGKAK

Setiap ibu-ibu yang lepas bersalin pasti merasa perkara sebegini. Ada yang sampai demam bila menghadapi perkara begini. Tak perlu risau sebab benda ni hanyalah sementara sahaja.

Apa punca payudara bengkak dan sakit ni ? 🤔

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakBabyCare

Sumber : Babycenter.com

payu-dara-membengkak

TAWARAN PROMOSI JADI AGEN ASMAK SLOT TERAKHIR 2018 DIBUKA

Wah,offer ni datang beberapa kali je biasanya.Hanya dengan moodal serendah 100 saja! 😍

Sesuai untuk siapa?

Anda yang kekurangan modal
Pelajar,surirumah,pekerja swasta,kakitangan kerajaan yang nak income sampingan seperti income kerja tetap

Kenapa mesti menyertai kami?

👉 Produk viral,mudah jual

👉 Produk evergreen yang sentiasa diperlukan

👉 Mempunyai permintaan tinggi seluruh Malaysia dan luar negara

👉 Peluang sama rata kepada semua pengedar – Konsep man jadda wa jadda

👉 Konsep sharing di kalangan leader dan seluruh team

👉 Syarikat MHAMSB sedang pesat berkembang dan mendapat perhatian ramai pihak dan dalam proses ke pasaran global

👉Pengedar bukan sekadar diajar berniaga semata,tetapi diajar ilmu PREMIUM pengurusan masa,disiplin,kewangan dan ilmu bisnes yang sukar diperolehi di luar.

👉Teknik marketing yang berbeza

👉Kami telah menyusun roadmap pengedar untuk 10 tahun

👉Syarikat mempunyai misi,visi dan halatuju yang jelas

Ketahui 21 Keistimewaan Pengedar pada 2019 nanti,majoritinya kami dah pun laksanakan tahun ini (bukan omong kosong)

👇👇👇👇👇👇👇👇

Keistimewaan pengedar Asmak 2019

Apa yang anda dapat dengan menyertai kami?

1. Peluang untuk menambah ilmu pemasaran,jualan dan pembangunan diri berterusan secara online dan offline secara PERCUMA.

2. Kelas bisnes dan personal coaching dengan leader dan CEO secara PERCUMA sepanjang tahun secara online dan offline.

3. Hadiah sempena hari lahir pengedar dan rebet pembelian semasa hari lahir.

4. Hadiah ulangtahun perkahwinan dan sponsor hadiah untuk contest sempena anniversary.*

5. Hadiah bayi baru lahir.

6. Bantuan pemasaran dan penjenamaan berterusan pelbagai medium.

7. Reward kepada pengedar dengan jualan tertinggi dan insentif untuk pengedar yang konsisten restock setiap bulan.

8. Berpeluang menyertai program terpilih secara PERCUMA.

9. Support group di FB ,Whatsapp dan Telegram.

10. Bantuan kecemasan untuk agen yang komited dan aktif.

11. Peluang untuk menjadi leader dengan ilmu-ilmu premium yang sukar didapati dan jika ada kosnya sangat tinggi.

12. Program “customer loyalty” Asmak Member Club dan pelbagai program khas untuk pelanggan untuk meningkatkan jualan pengedar.

13. TEMPLATE MAGIC 2.0 yang direka khas untuk meningkatkan pendapatan dan hanya ada di MHAMSB

14. Peluang menyertai pelbagai contest dalaman yang dibuat hanya untuk pengedar

15. Ilmu bisnes PERCUMA dan panduan pengurusan kewangan berterusan.

16. Penghargaan secara berkala bagi pengedar yang upgrade.

17. Sponsor booth untuk pengedar di seluruh Malaysia.

18. Mendapat peruntukan khas untuk sample produk.

19. Mendapat training agen 3 bulan untuk meningkatkan sales.

20. Insentif dan hadiah untuk anak pengedar yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik.

21. Program khas Form to Success 1.0 dan pemantauan khas melalui Yearly Planner yang direka khas untuk keperluan usahawan.

Dan banyak lagi sebenarnya yang anda akan dapat jika berada dalam team Asmak.

Dare to be different?

Cepat-cepat komen,PM atau whatsapp :

http://agen0168313664.wasap.my/
http://agen0168313664.wasap.my/
http://agen0168313664.wasap.my/

sekarang

Tawaran ini sah sehingga 31. 12.2018 sahaja. 😊

Nak tapi tak ada modal? Komen lokasi anda. Kami akan bantu beri produk secara consignment kepada anda.😍

Tag kawan fb kalian di ruangan komen ni.Mana tahu disebabkan anda mereka berjaya menjadi peniaga online yang sukses nanti 😍

Jemput share sekali tau.Tq

agen

MAKANAN UNTUK IBU SEMASA MENYUSU

Ketika menyusukan bayi anda, anda seharusnya memastikan diri anda mempunyai nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan susu yang banyak khas untuk bayi anda.

Antara makanan yang sesuai dengan ibu yang sedang menyusu ialah :

 Nasi perang & bijiran
 Buah-buahan & sayur sayuran
 Makanan berasaskan protein, kalsium & zat besi
 Kekacang
 Telur
 Kurma
 Bawang putih

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Semoga bermanfaat 😊

#InfoBy Mhamsb #MinyakHerbaAsmak

ibu-menyusukan-bayi

KHATAN BAYI PEREMPUAN : APA YANG DIPOTONG ?

Mengkhatan bayi perempuan, atau istilah yang lebih tepat iaitu khifad, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Secara amnya, ia merupakan satu prosedur yang selamat dan tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Menurut pakar BabyCenter, Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain, khifad melibatkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.

Kaedah yang betul adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris sahaja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan.

Menurut Profesor Dr Nik Hazlina lagi, lazimnya di Malaysia, kanak-kanak perempuan dikhatankan semasa mereka bayi lagi untuk mengelakkan rasa malu. Waktu yang paling sesuai ialah sebelum bayi tersebut mencapai usia setahun, iaitu sebelum bayi boleh berjalan. Malah, ramai juga kanak-kanak perempuan yang dikhatankan sejurus selepas dilahirkan.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com

khatan-bayi-perempuan

WAHAI IBU MENGANDUNG ELAKAN PERKARA INI

Untuk ibu yang sedang mengandung, pentingnya penjagaan diri dan kandungan agar tidak berlaku perkara yang tidak ingin. Apa yang saya boleh nasihatkan ialah :

 Elakkan makanan atau minuman yang mengandungi alkohol, kafein dan yang bertoksin sebab benda ini boleh meresap ke dalam susu anda
 Elakkan menghidu asap rokok kerana ia boleh mendorong kepada risiko kesihatan
 Elakkan juga makanan berempah dan pedas kerana ia boleh memberi masalah kepada bayi anda.

Selain itu, Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur.

Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakQueen

pantang-ibu-mengandung

BAGAIMANA DIET IBU MENGANDUNG

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan.

Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin yang selalunya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui.

Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Semoga bermanfaat 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakQueen

diet-ibu-mengandung

Sahabat yang lumpuh dah boleh berjalan semula.

Sekitar jam 8 malam kak norah terima panggilan melalui wassap. Kak norah pun angkat phone, dalam hati tertanya-tanya siapa pulak yang call malam-malam ni? mesti urgent.

Selesai jawab call, owh dia nak Minyak Herba Asmak dan Jus Asmak Gold rupanya. Oleh kerana kak norah takde kat rumah, kami berjanji jumpa keesokan harinya.

Di sebelah tengahari kami pun bertemu di salah sebuah restoran di KK. Mula-mula rasa kekok sebab di kelilingi 3 pasangan warga emas. Alamak begetar jugak hati, bermacam-macam perkara terlintas di kepala ni. kak norah tarik nafas dan bawa bertenang. Ok fokus.

Selepas menerangkan serba sedikit mengenai produk. Kak norah menarik nafas lega. Seterusnya kak norah menanti feedback mereka. Inilah perbualannya;

Prospek: Ada seorang rakan kami lumpuh. Memang tak boleh berjalan.Tiba-tiba suatu hari tu kami nampak dia dah sembuh dan boleh berjalan seperti biasa. Syukur alhamdulillah.

Kak Norah: waah, bagusnya. Bagaimana dia boleh sembuh tu kak?

Prospek: Dia kata amalkan sapuan minyak herba asmak dan minum jus asmak gold. Tu yang akak mencari sangat produk ni. Maklumlah kami yang dah berumur ni, asyik lenguh dan penat saja rasa badan. Nak beribadat pun susah.

Kak norah: Owh Alhamdulillah. Asbab produk ni kawan akak tu dah sembuh. (Muka penuh terperanjat- berazam mahu kongsikan kebaikan produk ni dengan semua)

Prospek: Iya dik memang bagus produk ni katanya. Kami nak beli ye. Beri 3 set. Harga kasih sayang lah.hihihihi

Kak norah: Insya allah kak. Boleh.

Begitulah perkongsian sedikit pengalaman berurusan dengan pelanggan. Semoga produk-produk asmak ini terus membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan.

#PengalamanPelanggan
#MinyakHerbaAsmak
#JusAsmakGold

rawat-lumpuh

MINYAK MENGURUT BAYI

Kebiasaannya ibu-ibu akan menggunakan minyak untuk mengurut bayi mereka bagi memastikan bayi mereka lebih selesa ketika diurut. Lain orang lain pandangan mereka mengenai urutan menggunakan minyak.

Sesetengah ibu suka menggunakan minyak bayi mineral, manakala sesetengah yang lain pula memilih minyak sayuran tertentu. Sesetengah minyak dikatakan lebih mudah meresap ke dalam kulit bayi. Samada minyak yang meresap ke dalam kulit ataupun yang menjadikan kulit berminyak dan licin, semuanya terpulang kepada anda untuk memilihnya

Tapi terdapat beberapa minyak ataupun krim yang tidak digalakkan untuk digunakan ketika mengurut bayi :

 Minyak biji sawi, kerana kaedah pemprosesannya menyebabkannya tercemar dengar biji-bijian lain.
 Minyak kacang tanah, kerana protein di dalamnya boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit bayi, kecuali jika ia jenis minyak ditapis
 Krim aquos, kerana ia mengandungi bahan pencuci yang mungkin menyebabkan kegatalan pada kulit bayi.

Minyak sayuran yang tinggi kandungan asid linoleik mungkin lebih mesra pada kulit bayi anda. Asid linoleik adalah asid lemak penting yang membantu melindungi elemen penghadang pada kulit bayi. Minyak-minyak sayuran yang biasanya mengandungi asid linoleik yang tinggi termasuk:

 minyak kesumba (safflower)
🍒 minyak biji anggur (grapeseed)

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #EssentialOil

minyak-urut-bayi

ANAK SAYA TERTELAN BENDA BERACUN MACAM MANA NI 

Bila berlaku perkara sebegini apa yang perlu anda buat ialah BAWA BERTENANG.

Bila anda panik automatik anak anda pun akan jadi lebih takut dan ini mengundang benda yang lebih buruk.

Bila anak anda tertelan benda beracun, apa yang anda boleh buat ialah :

 Ketahui apa, bila dan berapa banyak bahan yang ditelan oleh anak anda.
 Bawa anak anda ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan di hospital terdekat. Jika anda tidak boleh memandu, hubungi 999 untuk bantuan ambulan.
 Jika boleh, bawa sampel atau bekas benda yang beracun itu untuk ditunjukkan kepada staf hospital. Catatkan masa yang anda fikir perkara itu berlaku.

Jika dia menelan bateri butang, atau objek tajam seperti kaca, bawa dia terus ke bahagian A&E.

Jika dia menelan sebarang objek lain, walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom, bawalah dia berjumpa doktor untuk diperiksa.

Saya menyarankan kepada semua ibu bapa yabg membaca artikel ini agar dapat menyimpan elok-elok benda yang merbahaya kepada anak anda.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

tertelan-benda-beracun