BILA SAYA BOLEH MULA MENGGOSOK GIGI ANAK SAYA ?

Ibu bapa mana yang tak teruja bila tengok si comel mereka mula tumbuh gigi. Bila si comel sengih nampak gigi yang cute tu hehehe. 🤭

Tapi dalam teruja tu ibu bapa kena tahu bahawa gigi si comel sudah perlu penjagaan yang baik.

Mulalah membersihkan gigi si comel anda 2 kali sehari sebaik sahaja giginya muncul. Pentingnya penjagaan ini dari kecil adalah untuk membiasakan rutin ini dengan si comel anda.

Besar kemungkinan gigi pertamanya adalah gigi hadapan di sebelah bawah, yang tumbuh ketika si comel berusia enam bulan. Terdapat sebilangan kecil bayi yang dilahirkan dengan sebatang gigi yang telah tumbuh. Ada juga bayi yang masih belum tumbuh gigi sewaktu berusia setahun.

Pada usia kira-kira dua setengah tahun, si comel anda sepatutnya mempunyai 20 batang gigi susu.

Sebaiknya andalah yang menggosok gigi si comel sehingga usianya tujuh tahun. Pada usia itu dia akan mampu menggosok giginya sendiri dengan baik. 😊

Nanti saya akan kongsikan berus gigi yang mana sesuai untuk si comel anda.

Stay tuned 😊

#InfoByAsmak #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com