ANAK SAYA TERTELAN BENDA BERACUN MACAM MANA NI 

Bila berlaku perkara sebegini apa yang perlu anda buat ialah BAWA BERTENANG.

Bila anda panik automatik anak anda pun akan jadi lebih takut dan ini mengundang benda yang lebih buruk.

Bila anak anda tertelan benda beracun, apa yang anda boleh buat ialah :

 Ketahui apa, bila dan berapa banyak bahan yang ditelan oleh anak anda.
 Bawa anak anda ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan di hospital terdekat. Jika anda tidak boleh memandu, hubungi 999 untuk bantuan ambulan.
 Jika boleh, bawa sampel atau bekas benda yang beracun itu untuk ditunjukkan kepada staf hospital. Catatkan masa yang anda fikir perkara itu berlaku.

Jika dia menelan bateri butang, atau objek tajam seperti kaca, bawa dia terus ke bahagian A&E.

Jika dia menelan sebarang objek lain, walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom, bawalah dia berjumpa doktor untuk diperiksa.

Saya menyarankan kepada semua ibu bapa yabg membaca artikel ini agar dapat menyimpan elok-elok benda yang merbahaya kepada anak anda.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

tertelan-benda-beracun