KHATAN BAYI PEREMPUAN : APA YANG DIPOTONG ?

Mengkhatan bayi perempuan, atau istilah yang lebih tepat iaitu khifad, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Secara amnya, ia merupakan satu prosedur yang selamat dan tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Menurut pakar BabyCenter, Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain, khifad melibatkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.

Kaedah yang betul adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris sahaja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan.

Menurut Profesor Dr Nik Hazlina lagi, lazimnya di Malaysia, kanak-kanak perempuan dikhatankan semasa mereka bayi lagi untuk mengelakkan rasa malu. Waktu yang paling sesuai ialah sebelum bayi tersebut mencapai usia setahun, iaitu sebelum bayi boleh berjalan. Malah, ramai juga kanak-kanak perempuan yang dikhatankan sejurus selepas dilahirkan.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com

khatan-bayi-perempuan