PAYU DARA MEMBENGKAK

Setiap ibu-ibu yang lepas bersalin pasti merasa perkara sebegini. Ada yang sampai demam bila menghadapi perkara begini. Tak perlu risau sebab benda ni hanyalah sementara sahaja.

Apa punca payudara bengkak dan sakit ni ? 🤔

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakBabyCare

Sumber : Babycenter.com

payu-dara-membengkak