All posts by admin

ORANG KATA BILA ADA ASMA, MESTI ADA ALAHAN..YE KE?

Puan2 tahu tak, tak semestinya orang yang ada alahan tu ada penyakit asma. Dan tak semestinya juga orang yang ada asma tu ada alahan.
.
Sebab asma boleh datang bila-bila masa je walaupun tanpa alahan. 
.
Kami pernah jumpa orang yang ada alahan. Bila check dengan doktor, doktor cakap alahan biasa, tak sampai tahap asma lagi. Nasib baik..
.
BENDA APA YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TU?
.
Cuba puan2 tengok kat sekeliling rumah, luar dan dalam. Agak-agak, ada tak benda atau objek yang boleh menyebabkan alahan kepada anak-anak kita yang menyebabkan asma?
.
Benda-benda ni kita kena bagi perhatian lebih tau..bukan apa, takut disebabkan benda-benda macam tu, asma datang menyerang. Bahaya!
.
Ini contohnye:
.
 Debunga
 Hama (house dust mites) – banyak kat bantal
 Kulat
 Bulu binatang
.
Antara punca-punca alahan kat atas tu, bulu binatang la yang paling susah sekali kita nak hilangkan. Sebab kalau kita dah keluarkan kucing beberapa bulan lepas pun, bulu dia masih boleh melekat di sofa atau permaidani rumah.
.
Sebenarnya ada banyak lagi punca kepada alahan, contohnya makanan, ubat-ubatan, senaman, dan yang paling pasti, asap rokok.

Mahu mendapatkan rawatan asma yang berkesan?

Hubungi di 0168313664 (Norah) untuk info lanjut.

PRODUK BERBAHAYA VS PRODUK SEMULAJADI

Sekarang ni kecoh banyak produk yang ada KKM sekalipun banyak yang tak selamat.Malah ada yang menyebabkan kanser.

Sejak bertahun lamanya saya memang cuba elakkan penggunaan produk mengandungi bahan kimia seberapa mampu yang mungkin.

Bila anak kena ruam dan sakit kulit,sekarang saya sapu bedak semulajadi ni je.Tapi lagi bagus kalau dapat elakkan ruam pada bayi ni.

Bagaimanakah dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan bayi anda sejuk dan selesa dengan memakaikannya pakaian yang ringan, longgar dan diperbuat daripada kapas, terutama sekali semasa cuaca panas.

Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Kulit yang panas dan lembap adalah petanda bahawa bayi anda terlalu panas. Semasa cuaca panas, duduklah dalam rumah atau cari tempat yang sejuk, teduh atau berangin apabila membawanya duduk dan bermain di luar. Pastikan bayi anda minum banyak cecair supaya dia tidak ternyahhidrat.

Atau cuba Bedak Asmak ini 🌹🌹
insyaAllah puas hati 😍😍

produk-merbahaya

ADAKAH RESDUNG BOLEH BERJANGKIT?

Bergantung kepada keadaan, resdung boleh berjangkit dan juga tidak berjangkit. Jika resdung tesebut disebabkan oleh virus resdung, maka terdapat risiko orang lain terkena jangkitan tersebut melalui udara, batuk dan sebagainya.
.
Akan tetapi, jika resdung tersebut disebabkan bakteria, maka resdung tersebut biasanya tidak boleh berjangkit kepada orang lain, dan hanya berada pada orang asal sahaja.
.
Ada juga resdung yang disebabkan genetik, dan tak semua orang di dalam keluarga tersebut akan mempunyai resdung.
.
Apakah cara lain resdung boleh dipindahkan dari seorang kepada seorang yang lain?
.
.
#infobyMHAMSB
#MinyakHerbaAsmak

resdung-berjangkit

Sawan Tangis

Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya.
.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
.
Tanda-tanda sawan tangis:
.
 Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
 Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
 Genggaman tangan bayi lebih uat dari biasa
 Bunyi tangisan kebiasaanya kuat dan nyaring dari biasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

sawan-tangis

12 Selebriti Terkenal Luar Negara Yang Mengalami Masalah Psoriasis

Siapa kata penyakit psoriasis menghalang seseorang untuk berjaya dan terkenal?
.
Psoriasis berlaku apabila sel-sel kulit terbina dengan laju lebih dari orang biasa. Hasilnya, kulit akan kering dan bersisik (kulit mati). 
.
Siapa selebriti tersebut? Jom tengok satu persatu.
.
 Kim Kardashian (Penyanyi/Model)
 CariDee English (Model)
 Art Garfunkel (Penyanyi)
 Dara Torres (Perenang/Pemenang 12 pingat Olimpik)
 Jon Lovitz (Aktor Komedi)
 LeAnn Rimes (Penyanyi/Pemenang Grammy Awards)
 Stacy London (Model)
 John Updike (Novelis terkenal)
 Mabelynn Capelui (Ratu Cantik 2013)
 Phil Michelson (Ahli Sukan Golf)
 Eli Roth (Pengarah Filem – kacak orangnya)
 Jerry Mathers (Pelakon)
.
Nampak tak? Walaupun ada masalah kulit, mereka tak pernah duduk diam. Siap ada yang jadi pemenang Ratu Cantik giteww..Jadi, jika anda mengalami nasib yang sama, jangan berputus asa tau. Gunalah Bedak Asma keluaran MHAMSB. Mudah-mudahan berkesan 😉
.
.

Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda

Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma?

Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin.

Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita.

Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka.

Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjaran yang besar menanti anda melebihi ibu bapa lain!
.
.
#MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

sokongan-anda

Panduan Memandikan Bayi Yang Betul

Saat bayi baru lahir merupakan saat pertama tubuh badan mereka menerima sentuhan dari sekeliling, sama ada dari sentuhanmanusia ataupun alam semulajadi (udara, cahaya matahari, air). Dan sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan waktu yang paling sesuai untuk mereka.
.
Bilakah waktu mandi yang paling sesuai untuk bayi?
.
Sebelum memandikan bayi, pastikan:

 Mandian tersebut tidak mengganggu waktu tidur mereka
 Tidak memandikan mereka semasa mereka sedang lapar
 Bayi tersebut tidak kesejukan (demam dan sebagainya)
.
Mengapa orang tua-tua menyuruh memandikan bay pada waktu pagi? Apa hikmahnya?
.
Peringkat bayi adalah peringkat di mana mereka belum mampu mengawal suhu tubuh badan mereka sendiri, sebagaimana orang dewasa.
.
Waktu pagi adalah waktu di mana perubahan suhu sedan berlaku dari sejuk kepada panas/hangat. Inilah waktu paling sesuai agar tubuh badan bayi tidak terkejut dengan perubahan tersebut. Dan kerana ini jugalah, kita digalakkan memandikan mereka dengan air hangat/suam-suam kuku.
.
Macam mana orang dulu-dulu boleh tahu pasal ini ya? Mesti melalui pengalaman kan..
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

mandikan-bayi

Anak Ada G6PD, Ubat Jenis Apa Yang Perlu Dielakkan?

Semua tahu, penyakit G6PD adalah penyakit yang berkaitan dengan darah. Selain kacang parang, ada sesetengah ubat adalah adakalanya tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap G6PD.
.
Apakah jenis ubat-ubatan tersebut? Jom lihat senarai di bawah:
.
Ubatan dalam rawatan Malaria:
Chloroquine
Fansidar
Maloprim (Mengandungi Dapsone)
Pentaquine
Pamaquine
Primaquine
.
Ubatan Lain:
Aspirin (Panadol – dalam dosej yang banyak)
Chloroamphenicol
Vitamin K
Thiazolesulfone
Dapsone
Phenylhydrazine
Nalidixic Acid
.
Keliru dengan nama-nama ubatan di atas? Ada baiknya anda meruju dengan doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan untuk anak anda.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

g6pd-rawat

KAJIAN TERBARU: Kaitan Vitamin D Dengan Serangan Asma

Pada tarikh 20 September 2016, satu hasil kajian mengenai asma telah diterbitkan di London. Kajian ini adalah berkenaan dengan Vitamin D sebagai vitamin yang boleh mengawal serangan asma daripada berlaku sebanyak separuh.

.
Maksudnya, kalau dalam seminggu seseorang itu diserang asma sebanyak 4 kali, selepas mengambil vitamin D dengan teratur dan menurut saranan doktor, serangan tersebut boleh dikurangkan menjadi 2 kali sahaja. Bagi saya, itu satu perubahan yang sangat baik! Siapa yang taknak kan?
.
Lagi satu, vitamin D juga didapati boleh digunakan untuk menggantikan ubat-ubatan jenis steroid. Ubatan jenis steroid adalah berisiko bagi pesakit jantung.
.
Walaubagaimanapun, hasil kajian ini masih lagi belum dipraktikkan sepenuhnya di dalam industry perubatan di negara kita.
.
.
#infobyMHAMSB
#MinyakHerbaAsmak

 asma

SI MANJA LENA TIDUR. TIADA LAGI MASALAH KULIT GATAL.

Setiap kali sebelum tidur kak norah akan sapukan bedak ruam di badan Hannah. Pelbagai jenis bedak ruam telah dicuba dari jenis bedak atau krim yang dijual dekat kedai jamu, pasaraya dan farmasi.Namun semuanya tidak membantu. Hannah masih tidak selesa tidur kerana masalah ruam/ kegatalan kulit setiap kali berpeluh.

.
Tergerak hati semalam untuk mencuba sapukan ‘Asmak Baby Care powder’. Buka sahaja bedak keluar bau wangi dan bila dipegang bedaknya rasa lembut .waah apa sebenarnya kandungan bedak ni? cam best je.
.
Tak pe sapukan dulu kat badan hannah. Sekitar jam 10 malam, hannah dah tidur. Dalam hati dah berbisik,harap-haraplah hannah tak meragam lagi malam ni. Biasanya dia akan terjaga 3 hingga 4 kali setiap malam.
Dia tak selesa tidur , automatik kita pun tak dapat tidur, memujuk sambil menyapu bedak ruam di badannya.

Alhamdulillah, pagi ni hannah bangun dengan ceria. Syukur sangat-sangat tidur hannah dah selesa semalam.

Jom sama-sama ketahui , apakah kandungan bahan di dalam ‘ Asmak Baby Care Powder’:

Kaolin – merawat keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul , dan keradangan kulit

Ekstrak Portulaka – mencegah bakteria

Papaya ext – membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

Lavender essential oil – mengurangkan penyakit proriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit

Waah. Patutlah membantu. Banyaknya khasiat dari bahan-bahan yang digunakan.

Terima kasih Asmak Baby Powder. Menjadikan tidur hannah lebih lena dari biasa.

Likepage Farrah Care

Mahu mendapatkannya?

hubungi kak norah di 0168313664

#AsmakBabyCarePowder
#AsmakBabyCare
#Pengalaman

asmak-baby-care-powder