Category Archives: Info Kesihatan

BILA SAYA BOLEH MULA MENGGOSOK GIGI ANAK SAYA ?

Ibu bapa mana yang tak teruja bila tengok si comel mereka mula tumbuh gigi. Bila si comel sengih nampak gigi yang cute tu hehehe. 🤭

Tapi dalam teruja tu ibu bapa kena tahu bahawa gigi si comel sudah perlu penjagaan yang baik.

Mulalah membersihkan gigi si comel anda 2 kali sehari sebaik sahaja giginya muncul. Pentingnya penjagaan ini dari kecil adalah untuk membiasakan rutin ini dengan si comel anda.

Besar kemungkinan gigi pertamanya adalah gigi hadapan di sebelah bawah, yang tumbuh ketika si comel berusia enam bulan. Terdapat sebilangan kecil bayi yang dilahirkan dengan sebatang gigi yang telah tumbuh. Ada juga bayi yang masih belum tumbuh gigi sewaktu berusia setahun.

Pada usia kira-kira dua setengah tahun, si comel anda sepatutnya mempunyai 20 batang gigi susu.

Sebaiknya andalah yang menggosok gigi si comel sehingga usianya tujuh tahun. Pada usia itu dia akan mampu menggosok giginya sendiri dengan baik. 😊

Nanti saya akan kongsikan berus gigi yang mana sesuai untuk si comel anda.

Stay tuned 😊

#InfoByAsmak #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com

 

ALERGI PADA BAYI & KANAK-KANAK

Apa tu Alergi ?

Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.
.
.
Alergi ni boleh diwarisi ke ?

Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea.

Memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa di peringkat umur muda.

Next post saya akan share senang tak nak kesan alergi pada bayi anda

Stay tuned !

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

alergi

WALKER BABY : PERLU ATAU TAK YA ?

Walker baby sudah jadi benda wajib dikalangan ibu bapa. Katanya senang nak pantau tak nak bagi anak berjalan merata dalam rumah tu.

ANDA SILAP

Pakar-pakar keselamatan dan kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunakan walker bayi, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang diakibatkan olehnya adalah tinggi. Walker bantu berjalan adalah berbahaya kerana ia memberi bayi kelajuan dan ketinggian tambahan serta akses kepada benda-benda yang membahayakan. Di Kanada, penjualan walker bayi telah diharamkan sejak tahun 2004.

Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar.

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. Adalah lebih baik jika anda biarkan bayi bergerak di atas lantai sahaja.

Pada tahun 2005, standard keselamatan Eropah bagi walker bayi telah berubah. Walker bayi yang menepati standard BSEN 1273:2005 adalah direka untuk bergerak lebih perlahan, membuatkan lebih mudah untuk mengawal bayi. Walker juga seharusnya berhenti bergerak jika salah satu daripada rodanya tergelongsor dari sisi hujung tangga, lantas mengurangkan risiko terjatuh.

Nampak macam biasa walker baby ni tapi ia mampu mengundang perkara yang lebih buruk.

Jadilah ibu bapa yang bijak 👍🏻

#InfoByMhmsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com

baby-walker

BARANGAN BAYI : APA YANG ANDA PERLU ?

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata sudah pasti gembira semacam. Masa ni anda mula nak beli macam-macam untuk untuk bayi anda. Itu cantik ini cantik semua nak beli. Namun realitinya, anda hanya perlukan beberapa barang yang penting, serta beberapa barang tambahan yang lain.

Antara senarai barang yang anda boleh beli ialah :

 LAMPIN . Bayi yang baru lahir perlu ditukar lampinnya kira-kira 10 hingga 12 kali sehari, oleh itu belilah lampin yang cukup untuk beberapa hari. Jika anda bercadang untuk menggunkan lampin guna semula, bagus juga jika anda beli sekurang-kurangnya satu pek lampin pakai buang juga sebagai persediaan.
 Tisu basah atau kapas untuk membersihkan bayi.
 Tikar kecil untuk menukar lampin.
 Vest bayi atau sut bayi. Sekurang-kurangnya tiga atau empat pasang.
 Beberapa helai kain bedung.
 Dua atau tiga pasang baju tidur diperbuat daripada kapas.
 Bakul bayi atau katil bayi, kecuali jika bayi anda akan tidur di katil bersama anda.
 Tilam yang padan dengan bakul bayi atau katil bayi.
 Cadar dan selimut
 Besen mandi
 Tuala kecil dan sabun mandian bayi
 Kerusi kereta bayi yang menghadap belakang.
 Kereta sorong yang sesuai untuk bayi baru lahir (yang boleh dibaringkan dengan rata).
 Bra penyusuan dan pelapik payudara jika anda menyusu badan.
 Botol, puting botol, berus botol dan kelengkapan mensteril botol jika anda memberi bayi botol.

Anda boleh tambah lagi barangan yang perlu untuk si comel anda.

Pastikan anda tidak membazir ya 😊

#AsmakbyMhamsb #MinyakHerbaAsmak

barangan-bayi

PANIK KETIKA ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG

Situasi yang biasa kita lihat dalam kapal terbang. Bagi yang bujang mungkin tidak kisah sangat tapi bagi para ibu bapa situasi ini amat merisaukan mereka.

Jika anda sebagai ibu bapa menghadapi situasi ini, apa yang saya boleh nasihatkan ialah BAWA BERTENANG. Jangan panik dan jangan hiraukan orang sekeliling. Fokus kepada anak anda.

Dalam menangani situasi ini, ada beberapa tips yang saya nak share :

 Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih awal dan pastikan anda tenang dan cukup rehat apabila memulakan perjalanan.
 Rancang dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda.
 Memberi susu badan atau susu botol semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam telinga bayi anda.
 Jika bayi anda tetap juga mula menangis, dia mungkin sejuk, panas, bosan, lapar atau terasa penat. Berjalan berulang-alik di lorong mungkin menenangkan si comel anda tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Atau berikan barang permainan kegemarannya untuk mengalih perhatian.
 Jika si comel tidak berjaya dipujuk, bawalah dia ke bahagian belakang di mana bunyi enjin boleh menenggelamkan tangisannya. Sentiasa bertenang, tumpukan kepada bayi anda dan bercakap secara lembut dengannya. Tunjukkan permandangan ke luar tingkap, ianya mungkin boleh mengalih perhatian dan menenangkannya
 Usah pedulikan komen biadap atau keluhan penumpang lain. Pada kebanyakan masa, mereka akan bersimpati apabila melihat anda cuba menenangkan si comel.

Kebiasaannya bila situasi ini berlaku kebanyakkan penumpang yang lain akan faham. Jangan terkejut tiba-tiba ada penumpang yang bermain dengan anak anda untuk meredakan tangisan anak anda itu 😊

Ingat untuk sentiasa BERTENANG 💪🏻

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

bayi-menangis-di-kapal-terbang

CARA MEMBEDUNG BAYI

Membedung ialah kaedah zaman dahulu di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya merasa selamat dan terjaga.

Membedung bayi boleh mengelakkannya daripada terganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri. Anda mungkin pernah nampak bayi anda tersentak-sentak kecil ketika dia tidur. Sentakan badan ini adalah refleks sentakan (kejutan hipnagogik) dan ia adalah normal.

Jika anda mahu cuba membedung bayi anda, pastikan dia tidak lapar atau basah sebelum anda bermula. Pastikan muka dan kepalanya tidak tertutup supaya dia boleh bernafas dengan mudah dan tidak terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.

Berikut merupakan tips membedung si comel anda dengan sempurna :

 Letakkan sehelai kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.
 Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.
 Tarik sudut terdekat dengan tangan kirinya, sambil menutupi badannya. Masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
 Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.
 Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.
 Sesetengah bayi lebih suka tangannya bebas bergerak. Dalam keadaan ini, anda boleh membedung bayi di bawah ketiaknya.

Anda boleh membedung bayi anda sehingga dia berusia satu bulan. Selepas usia ini, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya. Apabila bayi anda mula menendang selimutnya, ini adalah tanda bahawa dia sudah tidak suka dibungkus dengan kemas !

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : babycenter

bedung-bayi

Tiada lagi hidung tersumbat pagi-pagi

Selamat pagi!

Alhamdulillah, pagi ni bangun memang rasa perubahan sangat! Baru 3 hari consume Asmak Herbs, tidur lena sampai pagi.

Ada nak tahu pengalaman saya mengalami resdung yang agak teruk sebelum mengambil Asmak Herbs?

😪 Sebelum ni saya selalu terjaga malam sebab hidung tersumbat teruk. Saya terpaksa bangun dan duduk sambil menghembuskan hidung untuk keluarkan lendir yang menyebabkan hidung tersumbat.

😪 Jerawat di belakang badan. Bila saya makan makanan laut seperti udang dan sotong, hidung akan terasa gatal dan berair.

😪 Selalu berkahak dan pada waktu pagi dan gatal pada mata.

Awal2 saya abaikan masalah resdung sebab tak berapa teruk. Tapi lama kelamaan resdung saya makin berlarutan. Sehingga saya mencuba Asmak Herbs Kapsul Penawar Resdung dan Minyak Herba Asmak. Kombinasi kedua ni memang sangat bagus dan berkesan.

Perkongsian pengalaman pengguna.

Yang nak cuba boleh PM admin terus ye.

0168313664 (norah)

resdung

3 Ramuan Penting Yang Wajib Ada Pada Krim Untuk Merawat Ruam Lampin

Sebelum ini, bagaimanakah anda memilih krim yang paling berkesan untuk merawat ruam lampin pada bayi? Apakah bahan yang anda perhatikan di label bungkusan krim tersebut?
.
Di sini disenaraikan 3 bahan yang wajib ada pada krim tersebut agar ruam lampin pada bayi dapat sembuh dengan cepat, selain tidak meninggalkan kesan pedih pada bayi.
.
 Zinc Oxide – bahan ini sangat penting untuk menghentikan ruam serta mengelakkan jangkitan pada ruam tersebut.
 Dimethicone – Dimethicone berfungsi untuk merawat gatal dan ketidakselesaan pada ruam tersebut.
 Aloe vera – Pelembap yang terbaik dan semulajadi adalah aloe vera.
.
Gabungan ketiga-tiga bahan ini akan menghasilkan lapisan pelindung di antara lampin yang basah dan kulit bayi, agar kulit bayi mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya.
.
.

Ingin cuba sesuatu yang lebih natural?Boleh cuba produk dari tanah liat putih.

mahu mendapatkannya?

hubungi 0168313664

#infobyMHAMSB #BedakAsmak

ruam-lampin

Anak demam campak?

Tak payah susah susah nak cari daun semambu buat kibas kibas badan anak yang menangis kegatalan.

Tak perlu dah nak alas tempat tidur anak dengan daun semambu yang kasar tu. Anak pun tak selesa nak tidur.

Bedak Asmak ada dapat membantu melegakan masalah parut campak pada anak anda..100% tanah liat berkualiti tinggi..Bila sapu dekat anak pun mudah serap dan paling best #Sejuk #Selesa..Tak la dia miang nak menggaru ja kan..

Keajaiban berlaku anda saksikan sendiri

Puteh gebu melegakan

Mahu mendapatkannya?

Hubungi 0168313664 (Norah)

#bedakasmak
#chikenpop
#sakitkulit

Kredit : Siti Radziah Ishak

chickenpox

Bagaimana mahu mengenalpasti tahap semput (asma) anak? .

Jawapan: Ok, semput ni ada 4 tahap semuanya. Makin tinggi tahap dia, makin kronik dan bahaya lah kiranya.
.
Baca info di bawah, dan kenalpasti kat mana tahap semput anak kita. Jangan risau, senang je nak faham. Bila dah tahu, barulah kita boleh ambil tindakan sewajarnya.
.
.
TAHAP #1 (mild intermittent asthma)
.
Symptom tak sampai 2 kali seminggu
Tiada masalah lain di antara semput
Kalau semput datang menyerang pun, cuma sekejap sahaja
Bila waktu malam, tanda-tanda semput muncul tak sampai 2 kali dalam sebulan
.
TAHAP #2 (mild persistent asthma)
.
Tanda-tanda semput datang lebih 2 kali dalam seminggu, tapi dalam sehari tak lebih sekali
Aktiviti seharian mungkin agak terjejas sedikit
Bila waktu malam, tanda-tanda semput datang lebih 2 kali dalam sebulan
.
TAHAP #3 (moderate persistent asthma)
.
Setiap hari mesti ada tanda-tanda semput
Kena standby ubat setiap hari
Dalam seminggu, semput berlaku 2 kali atau lebih
Bila waktu malam, tanda-tanda semput datang lebih dari sekali dalam SEMINGGU
.
TAHAP #4 (severe persistent asthma)
.
Tanda-tanda susah nak berhenti
Kerja memang biasanya akan terjejas teruk
Semput? KERAP menyerang
Bila waktu malam, tanda-tanda semput selalu datang
.
.
Dah tahu kat mana tahap semput anak anda?

Ingin mengetahui cara rawatannya?

Hubungi 0168313664 (Norah) untuk info lanjut.