Category Archives: Artikel perkongsian

Pengalaman pesakit asma

Apa Yang Ibu Bapa Ini Dah Buat Sehingga Anaknya Yang Asma Teruk Sejak Sekolah Rendah Tak Jadi Dimasukkan Ke Hospital.

Kak norah nak kongsi pengalaman sahabat yang mempunyai anak saudara berumur 7 tahun menderita asma, sejak sekolah rendah.

Ikuti ceritanya.

Cerita ni saya tak pernah bagitahu sesiapa tetapi dalam kegawatan ekonomi macam ni eloklah saya share.

Adik saya ibu kepada anak saudara saya yang asma tu, kuat berpegang teguh dengan perubatan hospital.

Kesian tengok bila berkunjung ke rumah adik saya ni, macam-macam ubat ada.

Rumah dia dah macam mini-hospital tau.

Tak sanggup saya lihat lama-lama anak saudara saya jadi macam tu, dah macam angkasawan, kena tekup dengan oksigen memanjang.

Nak jadikan cerita,

Rakan sekerja saya, orang panggil dia Mat Jimat.

Memang jimat selalu bawa bekal, air pun dia bawa jus dari rumah.

Saya hairan kenapa air pun dia nak jimat padahal air minum tak de lah mahal sangat kan.Dia selalu bawa dan minum jus tu time lunch.

Botol jus tu pun cantik.

Ingatkan mahal, dalam rm70 – rm90 tapi sebenarnya RM44 saja.
saya tanya tentang jus tu untuk apa?

Dia kata boleh kembalikan tenaga, sejukkan badan, hilangkan sakit tekak, batuk selsema.

Dan last asma, semput dan penat pun boleh!

Astaghfirullah, teringat tentang anak saudara ku.

Masa birthday dia, saya belikan Jus Asmak Gold tu sebagai hadiah.

Saya paksa dia minum masa tu jugak, dalam birthday partynya.

Alhamdulillah, akhirnya ada perubahan dengan anak saudaraku selepas konsisten minum jus tersebut.

Malam2 dah tak batuk2.
Dah jarang ke hospital.
Bila tengok dia dah tak macam dulu lagi.
Seronok, lincah macam budak2 lain.

Tak putus2 adik ku ucap terima kasih kepadaku.

“Waalaikumussalam. Pertama..saya rasa ia memang pelengkap untuk minyak…sebab penat bertambah baik. Kedua.. Kini saya rasa kehidupan tak sempurna tanpa kedua-dua produk tu. Lama dah asma..sejak sekolah rendah lagi” – Anuar, Kroh

5 Tips persediaan ke tempat percutian

Mulakan hari ini dengan ucapan syukur kepada yang maha kuasa, yang terus memberi peluang untuk kita menikmati keindahan ciptaanya dan terus berusaha untuk membuat sesuatu yang terbaik disisinya.
.
Minggu ni cuti sekolah, mesti uolls sibuk becuti membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik di dalam / luar Negara. Namun uolss kena berhati-hati ye.Cuaca tak menentu sekarang. Sekejap panas kemudian sejuk dan kekadang hujan.
.
Sediakan ubat-ubatan sebelum membawa anak ke mana-mana. Tak le nanti kelam kabut mencari klinik. Selain itu di sini kak norah nak kongsikan lagi beberapa tips untuk uolss sediakan sebelum bercuti di luar kawasan.
.
1. Pastikan makanan dan kelengkapan anak-anak adalah mencukupi. Jika ada makanan yang sesuai yang boleh diperolehi di tempat bercuti, pastikan ada bajet yang mencukupi untuk membeli makananan tersebut. Selain itu, ibubapa harus mempersiapkan diri dan minda untuk melebihkan tenaga untuk menyiapkan kelengkapan anak-anak. Rancang semuanya dengan rapi.

2. Rancang percutian sebaiknya. Sedikan peta lokasi tempat-tempat menarik sekitar yang ditujui. Terutamanya tempat makan yang sedap dan dekat.

3. Mempunyai wang tunai yang mencukupi bagi tujuan berpelanjaaan di tempat yang dilawati.

4. Dapatkan maklumat melalui internet apakah ole-ole yang sesuai untuk dibeli mengikut bajet anda. Senaraikan nama-nama penerima ole-ole supaya belian dibuat dengan terancang dan tidak berlebihan.

5. Buat sebarang tempahan dengan lebih awal. Contohnya tempat untuk menginap, tiket masuk ke taman tema dan sebagainya. Lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah atau cuti umum. Pada masa tersebut bilangan yang melancong meningkat berkali ganda. Jika tidak memuat tempahan lebih awal, khuatir tidak dapat masuk dan ini akan merugikan masa dan tenaga anda.

Cara mudah hilangkan batuk menggunakan bahan-bahan yang ada didapur.

Bahan-bahannya:

Halia –  4 hiris

Madu Asmak – 1 sudu

Buah lemon – potong separuh

Air – secukupnya

 

Cara membuat:

  1. Masukkan segelas air ke dalam periuk dan panaskan
  2. Masukkan 4 hiris halia tadi ke dalam air
  3. Rebus halia tadi selama 5 minit atau sehingga aromanya naik
  4. Tapiskan air halia yang telah direbus tadi ke dalam cawan
  5. Tambahkan sesudu madu dan hirisan lemon ke dalam cawan yang berisi air halia.
  6. Minumlah air campuran tadi 3 kali sehari sehingga batuk hilang.

Selamat mencuba

madu asli asmak

Bahan-bahannya

Rebus

tapiskan

21765249_10210416833679755_998002323331269008_n

21765284_10210416834039764_4586087165851025236_n

9 Fakta kemahiran yang ibubapa wajib tahu

Membesarkan anak-anak zaman kini tidak lagi sama seperti zaman ibubapa kita dahulu. Keadaan sekarang lebih mencabar dengan banyaknya perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Terutama keadaan persekitaran, cara bersosial dan komunikasi, kemudahan dan sebagainya.Kadang-kadang ibubapa tak dapat membayangkan kerisauan terhadap keselamatan dan perkembangan anak-anak di masa depan.

ibubapa

Ini ditambah lagi dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Sekumpulan remaja yang masih mentah berani melakukan jenayah yang menyebabkan kematian 22 orang akibat kebakaran. Amat sukar untuk kita mepercayai kejadian ini, namun inilah kenyataan.

Dengan keadaan yang semakin mencabar hari ini, ibubapa harus bersedia dan berikan yang terbaik untuk anak-anak anda. Bersama ini diberikan 10 kemahiran yang perlu dikuasai untuk mendidik anak-anak. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama. Selamat mencuba.

  1. Menjadi pendengar yang baik

Sebagai ibubapa kita haruslah memahami  dan sangat penting untuk menjadi pendengar yang setia kepada masalah yang dikemukan oleh anak-anak. Berikan mereka peluang untuk bercerita segala ketakutan, kerisauan dan keraguan yang mereka alami. Paling utama, ibubapa perlu fokus dan memberi penyelesaian terbaik untuk anak-anak.

  1. Menunjukkan rasa kasih sayang sepenuhnya

Ibubapa haruslah menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Setiap hari berikan pelukan kasih sayang dan ucapkan  sayang kepada mereka. Berikan mereka rasa diri mereka disayangi dan lebih ceria setiap hari.

  1. Meluangkan masa berkualiti

Usahakan lebih banyak masa anda diluangkan untuk beraktiviti bersama anak-anak. Contohnya bermain permainan , bercerita dan menyiapkan kerja rumah bersama-sama. Ia akan mengukuhkan ikatan perhubungan emosi yang kuat dengan anak-anak.

  1. Bersikap tegas, adil dan mesra

Penetapan disiplin di rumah amatlah penting. Ini untuk memastikan anak-anak lebih selamat dan berjaya. Contohnya anak-anak ditetapkan masa untuk belajar, bermain dan bersosial.

  1. Memberi contoh tauladan yang terbaik

Anak-anak biasanya akan melihat ibubapa sebagai contoh tauladan yang utama. Apa-apa keputusan dan geraklaku yang dibuat biasanya mengikut cara ibubapa. Mereka lebih mengikut tingkahlaku yang kita buat berbanding apa yang kita ucapkan. Oleh itu, ibubapa harus berhati-hati dengan setiap tuturkata dan perlakuan di hadapan anak-anak. Jadilah contoh tauladan yang baik untuk anak-anak.

  1. Memberi penghargaan, bukannya kutukan

Menjadi ibubapa yang positif amatlah penting. Hargai setiap kerja yang anak lakukan dari sekeci-kecil kerja sehingga yang besar. Jika mereka gagal melakukan sesuatu, berikan kata-kata dorongan dan bukannya kutukan. Mereka perlukan sokongan kita dalam apa jua perkara.

  1. Terbuka kepada pembelajaran

Walaupun kita sudah bergelar ibubapa, tidak semestinya kita sudah tahu segalanya mengenai ilmu pengurusan keluarga. Mulai saat ini, usahakan untuk menambah ilmu-ilmu keibubapaan. Info-info boleh diperolehi dari internet, suratkhabar, buku dan sebagainya. Tinggal motivasi diri masing-masing sahaja.

  1. Fahami anak anda dengan meletakkan diri anda seperti mereka

Perhatikan kelakuan anak-anak. Fahami bagaimana mereka belajar dan melihat sesuatu. Sentiasa beri peluang mereka memberikan pendapat. Ini amat penting supaya mereka lebih rasa dihargai dalam keluarga.

  1. Bersabarlah

Jangan menjangkakan anak anda boleh berubah dengan cepat selepas dinasihati. Jangan menjangkakan anda ibubapa yang hebat dalam sekelip mata. Semua perkara perlukan masa untuk berlaku dengan baik. Oleh itu, jangan terlalu risau apabila sesuatu yang kita mahu belum lagi tercapai.

Nukilan: Norah Tuah

keibubapaan

6 tips bermula sebagai online seller

 

1. Mempunyai matlamat atau dikenali sebagai ‘BIG WHY’. Apakah matlamat utama anda untuk berbisnes? Big why menjadi faktor pendorong untuk anda terus maju.

2. Mempunyai mentor. Mulakan bisnes dengan ilmu. Cari mentor yang boleh membimbing anda untuk membuat sales di salah satu medium pemasaran online. Seperti FB, instagram, FBads dan sebagainya.

3. Mendapatkan info produk yang laku. Boleh buat carian melalui google / buat posting di FB.

4. Info syarikat produk yang hendak dijual. Dapatkan info-info syarikat seperti lokasi, sistem support, reward dan insentif dll.

5. Fahami produk sebaik mungkin. Apakah kandungan, ciri-ciri dan USP produk.

6. Konsisten membuat promosi dan jangan cepat putus asa. Semua perkara memerlukan masa untuk dilihat hasilnya.

Gud luck uolss 💖😊

Perkongsian Norah Tuah.

#DiamondMhamsb
#TimFarrahCare
#recrutingagen

Sumber: Google
Sumber: Google

Gandakan wang bisnes anda

Uolss kak norah nak kongsi tips bagaimana kita boleh menggandakan duit modal berniaga dalam masa sebulan. Psssst, post ini hanya sesuai untuk yang masih baru dalam bisnes. Yang kekadang tu modal tak tahu ke mana. Hujung bulan mengadu tak de duit nak beli stok. Sape pernah gini? Kita geng..ngeeee
.
Mai kak norah ceta. Misalnya kita ada modal RM1500. Ambil RM1000 terlebih dahulu sebagai rolling bisnes dan RM500 disimpan untuk hal-hal kecemasan. Hal-hal kecemasan seperti bayar bil telefon, isi minyak dan sebagainya. Boleh simpan terus jika tidak digunakan atau dijadikan modal untuk bulan seterusnya.
.
Seterusnya , uolss buatlah target supaya modal RM1000 tadi boleh naik berkali ganda. Waaaah bestnye. Tapi mestilah ada strategik k. ehem ehem.
.
Ok sekarang kita tetapkan target sales setiap bulan. Semakin tinggi target sales, jumlah modal juga akan semakin meningkat, oleh itu kita berpeluang untuk kembangkan lagi bisnes tanpa perlu meminjam.

Caranya mudah je:
Modal rolling: RM1500 (simpan RM500)
Minggu 1 re-stok: RM1000 – RM2000
Minggu 2 re-stok: RM2000 – RM4000
Minggu 3 re-stok: RM4000 – RM8000
Minggu 4 re-stok: RM8000 – RM16000
.
Ini kiraan rolling modal selama sebulan. uolss dapat lihat duit modal berganda dengan banyaknya. Bolehlah simpan semua keuntungan tersebut ke mana-mana instrument pelaburan seperti Tabung Haji, ASB dan emas. Simpanan yang ada ni uolss bolehlah rancang apa-apa yang korang nak. Contohnya nak naik haji, buka butik, melancong dan macam-macam lagi le.
.
Namun mesti korang rasa pelik, boleh tak duit modal tu double banyak camtu dalam masa sebulan?
.
A’ah, boleh tapi ada caranya. Nak kak norah kongsikan lagi?

Tunggu posting kak norah seterusnya ye.

20045896_10209721609259579_502222708_n

Pengalaman mula berniaga bersama MHAMSB

Uolss, kak norah dah buat bisnes dengan syarikat MHAMSB ni hampir setahun lebih dah. Masa memula dulu kitorang setat dengan produk #minyakherbaasmak je. Masa tu la kak norah re-start enjin bodi tuk bisnes online.
.
Mula-mula tu kak norah pun cam korang. Masih blur-blur lagi. Hampir seminggu gak kak norah studi pasal produk, syarat jadi agen dan info syarikat. Ye la, kita nak serius buat bisnes, kena studi semua tu. Ni tak, asyik lompat jual produk sana- sini. Bila masa nak kuasai kaaaan?
.
Seminggu kemudian kak norah hubungi cikgu Nor Fazilah Mohd (CEO syarikat MHAMSB). Bermula sebagai agen dropship untuk menimba ilmu bisnes . semua ilmu menjual, pemasaran dan pengurusan diberi sepenuhnya oleh cikgu. Kak norah tinggal guna je. Kopipes dan pos kat FB wall.
.
Masa akak mula-mula pos kat FB Wall, terus dapat 7 orang customer. Punya le kak norah hepi giler. PM Magik masuk bertalu-talu . Masa tu kak norah tak de pengalaman lagi melayan mesej pelanggan. Panik sungguh. Pengalaman yang sungguh mengujakan.
.
2 minggu lepas tu kak norah upgrade gi agen. Mudah sangat nak jual benda yang berkualiti dengan harga mampu milik. Alhamdulillah, keberkesannanya diakui oleh beribu-ribu testimony pengguna. Paling best ramai pesakit Asma/Lelah/Semput dah sembuh dan tak perlu lagi ulang-alik ke hospital.
.
Sebulan kemudian kak norah upgrade gi Stokis. Bermula dengan 10 orang agen, dan kini mencecah 50 orang. Alhamdulillah, setiap mereka kini memperolehi pendapatan 3 – 4 angka sebulan dan boleh membantu keluarga. Ada yang gunakan pendapatan untuk bayar hutang PTPTN, Kereta dan rumah.
.
Apa yang paling utama untuk diri kak norah sekarang adalah untuk membantu #TimFarrahCare terus berjaya dan memperolehi pendapatan seperti yang diingini. Yang penting selalu USAHA, DOA & TAWAKAL.
.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tim yang selalu support kak norah. Luv uolss.

19702151_10209658503601977_7983252648140395206_n