BARANGAN BAYI : APA YANG ANDA PERLU ?

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata sudah pasti gembira semacam. Masa ni anda mula nak beli macam-macam untuk untuk bayi anda. Itu cantik ini cantik semua nak beli. Namun realitinya, anda hanya perlukan beberapa barang yang penting, serta beberapa barang tambahan yang lain.

Antara senarai barang yang anda boleh beli ialah :

 LAMPIN . Bayi yang baru lahir perlu ditukar lampinnya kira-kira 10 hingga 12 kali sehari, oleh itu belilah lampin yang cukup untuk beberapa hari. Jika anda bercadang untuk menggunkan lampin guna semula, bagus juga jika anda beli sekurang-kurangnya satu pek lampin pakai buang juga sebagai persediaan.
 Tisu basah atau kapas untuk membersihkan bayi.
 Tikar kecil untuk menukar lampin.
 Vest bayi atau sut bayi. Sekurang-kurangnya tiga atau empat pasang.
 Beberapa helai kain bedung.
 Dua atau tiga pasang baju tidur diperbuat daripada kapas.
 Bakul bayi atau katil bayi, kecuali jika bayi anda akan tidur di katil bersama anda.
 Tilam yang padan dengan bakul bayi atau katil bayi.
 Cadar dan selimut
 Besen mandi
 Tuala kecil dan sabun mandian bayi
 Kerusi kereta bayi yang menghadap belakang.
 Kereta sorong yang sesuai untuk bayi baru lahir (yang boleh dibaringkan dengan rata).
 Bra penyusuan dan pelapik payudara jika anda menyusu badan.
 Botol, puting botol, berus botol dan kelengkapan mensteril botol jika anda memberi bayi botol.

Anda boleh tambah lagi barangan yang perlu untuk si comel anda.

Pastikan anda tidak membazir ya 😊

#AsmakbyMhamsb #MinyakHerbaAsmak

barangan-bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *