GAMAT GOLD salah satu kandungan utama didalam minyak herba asmak.

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).

Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).

Hasil penyelidikan mendapati “Gamat Emas” kaya dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar. Lebih memberangsangkan turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan sebagainya.

“Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

Perlukan minyak herba asmak untuk merawat luka dalaman dan luaran?

Hubungi:

Norah. SD03001. Stokis.

016 831 3664

016 831  3664

rawatan-luka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *