KALAU SAYANG ANAK, SIMPAN ELOK-ELOK BAHAN BERBAHAYA

Kalau dah start ada anak kecil, anda perlu pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih bukannya macam tongkang pecah dah.

Jangan ambil mudah tentang semua benda. Kadang benda macam ni boleh meragut nyawa anak anda. Antara tips untuk anda elakkan perkara sebegini berlaku :

 Semak semula semua bahan-bahan berbahawa dalam rumah anda. Pastikan semuanya dilabelkan dengan jelas dan jauh dari capaian anak anda.
 Kuncikan almari dan laci di mana anda menyimpan bahan-bahan berbahaya ini. Atau anda boleh letakkannya dalam kabinet besar atau kotak yang berkunci, dan simpan di mana anak anda tidak dapat mencapainya. Jangan letakkan bahan-bahan ini dalam almari atau kotak yang tidak berkunci, walaupun di tempat yang tinggi. Jika anak anda sudah berjalan, dia mungkin boleh memanjat kerusi untuk mencapai almari yang tinggi itu.
 Jangan tinggalkan ubat di dalam bilik sebagai peringatan untuk anda mengambilnya. Sebaliknya tulis peringatan itu untuk diri sendiri.
 Jangan bawa ubat dalam poket atau beg tangan anda. Dan jangan benarkan anak anda bermain dengan bekas ubat yang kosong. Dia mungkin akan belajar bagaimana hendak membuka penutup yang kalis kanak-kanak itu.
 Simpan ubat, racun serangga dan produk pencuci dalam bekasnya yang asal. Jangan sekali-kali masukkan produk beracun atau bertoksik dalam bekas yang pernah digunakan untuk mengisi makanan, kerana anak anda mungkin menyangkakan ianya sesuatu yang boleh dimakan.
 Simpan sebarang beg yang dibawa oleh tetamu jauh dari capaian anak anda. Beg-beg tangan biasanya mengandungi ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain.
 Apabila anda pergi bercuti dan tinggal di rumah seseorang, pastikan anda tahu di mana ubat-ubat dan bahan-bahan berbahaya yang lain disimpan. Tidak semua rumah disusun mengikut keperluan bayi yang sedang merangkak atau anak kecil yang bersifat ingin tahu.

Bertindak sekarang. Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak meraung.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

didik-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *