Secara khususnya, penyebab sakit asma belum lagi diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang membolehkan tercetusnya penyakit asma. Keadaan – keadaan tersebut adalah seperti allergik, infeksi terhadap saluran pernafasan, iritasi, cuaca, kegiatan jasmani dan fizikal.
Apabila berlakunya asma, otot dalaman dan bronchitis akan mengalami kekejangan dan jaringan yang melapisi pernafasan akan mengalami pembengkakan kerana berlakunya keradangan dan pelepasan kahak di saluran pernafasan.
Oleh itu, penghidap asma perlulah menghindari keadaan yang boleh mencetuskan asma berlaku. Diantaranya, menghindari tempat- tempat berdebu, tempat berhabuk, tempat berasap, bulu binatang, debu bungaan dan suhu udara yang sejuk. Penghidap asma perlu sentiasa membawa ubat asma ke mana-mana.
Antara keadaan yang boleh mencetus asma berlaku:
- Debu di rumah dan bulu-bulu binatang peliharaan.
- Infeksi di saluran pernafasan disebabkan batuk atau selsema.
- Makanan seperti jenis ikan, telur, kacang tanah dan susu sapi
- Asap rokok
- Melakukan kegiatan olahraga yang berlebihan.
- Factor di dalam rumah seperti cat dinding, sabun cuci dan pewangi rumah.
- Faktor emosi seperti tekanan.

Oleh itu, penghidap asma perlulah berhati-hati dengan semua keadaan pencetus seperti yang disenaraikan di atas. Jika asma anda masih belum pulih dan ingin mendapatkan rawatan secara semulajadi tanpa perlu makan ubat, hubungi kami untuk konsultasi percuma.
Hubungi:
Norah. SD03001.Pengedar sah mhamsb.
016 831 3664
016 831 3664
016 831 3664