PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK

Perkara sebegini sudah biasa berlaku dikalangan anak anak kita terutama ketika mereka masih kecil. Nak pulak bila anak anda tahu yang dia akan dapat adik. Fuhh dia akan mula buat perangai nak tunjuk protes dia. Tak kurang juga yang tak sabar nak ada adik baru.

Normal ke perkara ni ? Benda ni normal sebenarnya sebab bila mereka membesar mereka semakin akrab. Persaingan ketika kecil ini mungkin adalah persediaan untuk mereka menghadapi dunia yang luas di kemudian hari.

Ketika ini anak anda yang berusia dua tahun betul-betul tidak faham kenapa dia berperasaan sebegitu atau apa yang dia boleh buat dengan bayi baru lahir yang menyakitkan hati itu. Dia hanya mahukan perhatian anda dan mungkin bertindak membuat sesuatu yang nakal atau merajuk.

Biasanya anak anda akan menunjukkan protes dengan :

 meminta susu dalam botol, walaupun di telah lama meninggalkan tabiat itu
 enggan berjalan
 berhenti menggunakan tandas latihannya
 cuba duduk di kerusi bayi adiknya
 melompat di atas sofa ketika anda sedang menyusukan si adik

Malah dia mungkin juga mencubit atau menyucuk-nyucuk adiknya. Ini pasti dapat menarik perhatian anda. Walaupun tidak menyenangkan, baginya ini adalah lebih baik daripada tidak diendahkan.

Anak kecil anda tidak faham bahawa cubitan itu menyakitkan. Dia masih belum dapat meletakkan dirinya dalam situasi orang lain. Apa yang dia tahu ialah mencucuk membuat adik menangis dan ibu pasti akan memberi perhatian penuh kepadanya.

Bukan senang nak membuat mereka faham. Next post saya akan share tips mengelakkan persaingan antara adik beradik.

Stay Tuned !

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakBabyCare

persaingan-adik-beradik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *