JANGAN BERIKAN UBAT BATUK SELSEMA UNTUK ANAK BAWAH UMUR 3 TAHUN

 

“Assalamualaikum Doktor. Saya ingin bertanya sedikit mengenai bayi saya yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sangat fobia sebab anak ke empat saya dulu batuk selesema, doktor sebuah klinik swasta kata tidak boleh bagi pada bayi. Hanya ubat sembur kat hidung..tapi masih selesema..Akhirnya anak saya warded sebab kahak pada paru-paru. Kenapa ye doktor? Kalau bagi pada dos seumur bayi boleh tak? Terima kasih.”

Bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Terdapat garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat anthistamin (ubat batuk dan selesema). Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yang mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan sampingan yang teruk seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan nyawa.

Ia boleh berlaku pada kanak-kanak yang sensitive terhadap ubat antihisamin atau kanak-kanak yang diberikan ubat berlebihan dos.

Namun ada juga doctor yang memberikan ubat tersebut, setelah pemeriksaaan dan percaya ubat antihistamin ini memberikan manfaat pada kanak-kanak itu.Namun ini memerlukan kemahiran dan pengalaman doktor.

Credit to Dr Zubaidi Ahmad

Dipersilakan untuk LIKE, KOMEN dan SHARE untuk manfaat semua.

#farrahcare
#ubatselsema
#minyakherbaasmak

 ubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *