Resah Setiap Kali Anak Diserang Asma?

Sesekali terjaga melihat keadaan anak di bilik. Risau dan letih. Dah beberapa jam anak kena serangan asma yang teruk. Pergi kecemasan pakai nebuliser. Bukan merungut tapi sampai bila anak kita perlu menahan penatnya asma, sesak nafas

Ibu mana yang tak risau kan bila lihat anak terseksa sebegitu.
Sedangkan anak digigit semut api pun kita dah cakna, inikan pula bila anak semput.

Buat para ibu, tak usah berputus asa. Berlapang dada lah.
Di sini suka untuk saya kongsikan 5 tips berguna menguruskan anak yang menghidap asma.

1. Bawa anak berenang tiap-tiap minggu

Berenang membantu melatih paru-paru anak kita. Paru-paru akan lebih kuat dan mengurangkan asma beransur-ansur.

2. Rebus bawang merah kecil
Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.

3. Menggunakan madu dan getah betik
Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik. Berikan anak kita minum sambil baca selawat.

4. Amalkan sirih
Ambil tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebus dengan 1 liter air hingga mendidih sepenuhnya.

Campurkan setengah gelas air rebusan dengan sesudu besar madu dan sesudu kecil air limau nipis. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

5. Menggunakan Minyak Herba Asmak
Sapu je minyak ini ke bahagian dada, leher dan belakang badan. Ramai ibu yang kata cara ini paling mudah dan berkesan.

Tak mampu nak buat semua pun tak apa. Sekurang-kurangnya, cubalah 2 atau 3 cara daripada tips ini.

Kurang asma anak maka kuranglah kerisauan kita. Jom ibu cuba tips di atas untuk permata hati. Mana tahu dengan izinNya, asma anak itu sembuh dengan ikhtiar ini.

#minyakherbaasmak
#Farrahcare

blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *