Tag Archives: asma

Bagaimana mahu mengenalpasti tahap semput (asma) anak? .

Jawapan: Ok, semput ni ada 4 tahap semuanya. Makin tinggi tahap dia, makin kronik dan bahaya lah kiranya.
.
Baca info di bawah, dan kenalpasti kat mana tahap semput anak kita. Jangan risau, senang je nak faham. Bila dah tahu, barulah kita boleh ambil tindakan sewajarnya.
.
.
TAHAP #1 (mild intermittent asthma)
.
Symptom tak sampai 2 kali seminggu
Tiada masalah lain di antara semput
Kalau semput datang menyerang pun, cuma sekejap sahaja
Bila waktu malam, tanda-tanda semput muncul tak sampai 2 kali dalam sebulan
.
TAHAP #2 (mild persistent asthma)
.
Tanda-tanda semput datang lebih 2 kali dalam seminggu, tapi dalam sehari tak lebih sekali
Aktiviti seharian mungkin agak terjejas sedikit
Bila waktu malam, tanda-tanda semput datang lebih 2 kali dalam sebulan
.
TAHAP #3 (moderate persistent asthma)
.
Setiap hari mesti ada tanda-tanda semput
Kena standby ubat setiap hari
Dalam seminggu, semput berlaku 2 kali atau lebih
Bila waktu malam, tanda-tanda semput datang lebih dari sekali dalam SEMINGGU
.
TAHAP #4 (severe persistent asthma)
.
Tanda-tanda susah nak berhenti
Kerja memang biasanya akan terjejas teruk
Semput? KERAP menyerang
Bila waktu malam, tanda-tanda semput selalu datang
.
.
Dah tahu kat mana tahap semput anak anda?

Ingin mengetahui cara rawatannya?

Hubungi 0168313664 (Norah) untuk info lanjut.

ORANG KATA BILA ADA ASMA, MESTI ADA ALAHAN..YE KE?

Puan2 tahu tak, tak semestinya orang yang ada alahan tu ada penyakit asma. Dan tak semestinya juga orang yang ada asma tu ada alahan.
.
Sebab asma boleh datang bila-bila masa je walaupun tanpa alahan. 
.
Kami pernah jumpa orang yang ada alahan. Bila check dengan doktor, doktor cakap alahan biasa, tak sampai tahap asma lagi. Nasib baik..
.
BENDA APA YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TU?
.
Cuba puan2 tengok kat sekeliling rumah, luar dan dalam. Agak-agak, ada tak benda atau objek yang boleh menyebabkan alahan kepada anak-anak kita yang menyebabkan asma?
.
Benda-benda ni kita kena bagi perhatian lebih tau..bukan apa, takut disebabkan benda-benda macam tu, asma datang menyerang. Bahaya!
.
Ini contohnye:
.
 Debunga
 Hama (house dust mites) – banyak kat bantal
 Kulat
 Bulu binatang
.
Antara punca-punca alahan kat atas tu, bulu binatang la yang paling susah sekali kita nak hilangkan. Sebab kalau kita dah keluarkan kucing beberapa bulan lepas pun, bulu dia masih boleh melekat di sofa atau permaidani rumah.
.
Sebenarnya ada banyak lagi punca kepada alahan, contohnya makanan, ubat-ubatan, senaman, dan yang paling pasti, asap rokok.

Mahu mendapatkan rawatan asma yang berkesan?

Hubungi di 0168313664 (Norah) untuk info lanjut.

Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda

Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma?

Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin.

Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita.

Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka.

Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjaran yang besar menanti anda melebihi ibu bapa lain!
.
.
#MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

sokongan-anda

KAJIAN TERBARU: Kaitan Vitamin D Dengan Serangan Asma

Pada tarikh 20 September 2016, satu hasil kajian mengenai asma telah diterbitkan di London. Kajian ini adalah berkenaan dengan Vitamin D sebagai vitamin yang boleh mengawal serangan asma daripada berlaku sebanyak separuh.

.
Maksudnya, kalau dalam seminggu seseorang itu diserang asma sebanyak 4 kali, selepas mengambil vitamin D dengan teratur dan menurut saranan doktor, serangan tersebut boleh dikurangkan menjadi 2 kali sahaja. Bagi saya, itu satu perubahan yang sangat baik! Siapa yang taknak kan?
.
Lagi satu, vitamin D juga didapati boleh digunakan untuk menggantikan ubat-ubatan jenis steroid. Ubatan jenis steroid adalah berisiko bagi pesakit jantung.
.
Walaubagaimanapun, hasil kajian ini masih lagi belum dipraktikkan sepenuhnya di dalam industry perubatan di negara kita.
.
.
#infobyMHAMSB
#MinyakHerbaAsmak

 asma

FAKTA PESAKIT ASMA DI MALAYSIA

5% GOLONGAN DEWASA & 10% GOLONGAN KANAK-KANAK ADALAH PENGHIDAP ASMA
DAN ANGKA INI TERUS MENINGKAT!!!

Ini adalah fakta menakutkan yang dikeluarkan oleh Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif.

Menurut tinjauan mereka juga, 93 peratus responden di Malaysia tidak menganggap penyakit lelah mereka serius dan 79 peratus percaya mereka boleh menguruskan lelah tanpa bantuan doktor.

“Walaupun kematian asma di Malaysia tidak begitu tinggi, ia membimbangkan. Ini kerana ramai dalam kalangan pesakit yang meninggal dunia disebabkan mengabaikan rawatan atau tidak bertindak segera apabila mendapat serangan”

Apakah anda tahu gejala dan cara pencegahannya? Baiklah di sini kak norah kongsikan infografik mengenainya. Semoga mendapat manfaat.

Mahu mencari solusi tentang permasalahan ini? Jangan risau, Insya allah kak norah akan kongsikan lebih info mengenainya. Wassap je kak norah di 0168313664.

#TimFarrahCare
#LeaderMhamsbNorah
#solusiasma

gejala_asma

cegah_srangan_asma

Minyak Herba Asmak telah berdaftar dengan KKM

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si burung merak
Dua tiga ubat bole ku cari,
Mana kan sama dengan minyak herba asmak.
.
Jarang sekali dapat makan dodol,
Juadah istimewa dihari raya,
Cuba anda dapatkan sebotol,
Dan rasai perubahannya.
.
Dari Selangor menuju ke Kuantan,
Hajat mencari barang antik dari tembaga,
Rm39 je,Harga berpatutan,
Berbaloi untuk dimiliki setiap keluarga.
.
Cantik berhias bakul dan raga,
Hendak diisi si buah sukun,
Tak perlulah bimbang akan kandungannya,
Dah berdaftar dengan KKM pun!!!

Haaaa…jawab! Jawab!

Sesuai digunakan untuk uolss yang menghadapi masalah lelah,asma,batuk,kahak dan selsema.

Dapatkannya sekarang di :

http://www.wasap.my/60168313664

20621890_10209971558788161_7402538589602637494_n

6 fakta mengenai batuk pada anak

Ada tak mak ayah kat sini mempunyai masalah anak yang sering batuk atau jika batuk pasti lambat nak sembuh. Tentu perkara ini amat merunsingkan kan? Lebih-lebih lagi jika anak berumur di bawah 2 tahun. Masa ni mereka tak boleh nak buang kahak sendiri. Jadi kahak makin banyak berkumpul di saluran pernafasan. Kesian sangat kalau difikirkan.

.

Baiklah, di sini kak norah nak kongsikan beberapa fakta mengenai batuk yang perlu mak ayah tahu untuk mengurangkan rasa kerisauan. Terdapat 6 fakta utama mengenainya yang boleh dikaitkan dengan anak-anak.

.

  1. Sebenarnya batuk adalah satu gejala dan bukannya sejenis penyakit. Penyebab utamanya adalah infeksi virus. Oleh itu, anak anda TIDAK PERLU antibiotik.
  2. Antibiotik untuk batuk seperti dekstrometorfan dan codein tidak diperlukan
  3. Batuk adalah satu tindakbalas yang bertujuan untuk membersihkan laluan pernafasan. Ia membantu mengeluarkan kotoran dalam saluran pernafasan.
  4. Setiap kali batuk, kahak akan terbentuk. Ini merupakan reaksi tubuh atas peradangan. Cara mengatasinya adalah dengan banyakkan minum, tidak perlu makan ubat pencair kahak.
  5. Pencair kahak terbaik adalah seperti air susu ibu, air putih dan kuah sup
  6. Paling utama mak ayah hendaklah sentiasa memantau perkembangan penyakit anak masing-masing.

Sumber: bijak-antibiotik.com

Perkongsian Norah Tuah

APA MAKANAN YANG MENGAKTIFKAN ASMA?

Kalau bab-bab makanan ni, ibubapa perlu memberi perhatian yang tip-top kerana ada sesetengah makanan yang mampu mengaktifkan asma anak.
.
Antara makanan yang paling biasa menjadi alergen kepada kanak-kanak adalah telur, produk tenusu, oat, gandum, jagung, coklat dan kekacang. Ibubapa boleh kenal pasti dahulu sama ada makanan-makanan tersebut menjejaskan kesihatan anak atau tidak.
.

elakkan-makanan
Makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit asma

Jika tidak, maka boleh teruskan makan. Namun perlu hati-hati kerana lebih 90% kanak-kanak alah akan makanan tersebut.
.
.
#info by MHAMSB #minyakherbaAsmak #rndteknologinano

PERBEZAAN ORANG SIHAT DAN KURANG SIHAT .

Akak nampak tak perbezaan di dalam gambar ni?

pernafasan
sistem pernafasan

.
Yang sebelah kiri tu, adalah salur pernafasan orang yang sihat/normal. Yang sebelah kanan pula adalah salur pernafasan orang yang kurang bernasib baik – penghidap asma.
.
Keadaan yang sebelah kanan tu selalu terjadi semasa serangan asma berlaku. Nampak tak cecair berwarna kuning tu? Kalau nak tahu, itulah namanya mucus, yang dikeluarkan semasa serangan tu. Mukus ni pun salah satu yang menyebabkan salur tersumbat juga.
.
Kalau akak-akak perasan, dinding salur tu asalnya nipis je, tapi semasa serangan berlaku, terus jadi tebal. Daripada luas, kini dah jadi sempit.
.
Inilah gambaran mudah tentang perubahan salur pernafasan semasa serangan asma.
.
#info by MHAMSB #minyakherbaasmak #rndteknologinano

Adakah anak anda masih mengalami asma? Perlukan rawatan yang mujarab? Mari dapatkan Minyak Herba Asmak sekarang.

Hubungi:

Norah. Pengedar sah MHAMSB.SD03001

016 831 3664

016 831 3664

016 831 3664

KESILAPAN PALING BIASA SEMASA MENGGUNAKAN INHALER

Anak akak guna inhaler? Doktor pernah ajar cara-cara guna inhaler dengan betul tak?
.
Hah, ini yang ramai orang terlepas pandang ni. Inhaler memang perlu untuk waktu kecemasan, tapi kalau guna dengan cara yang tak betul, dah tak berapa menjadi nanti.
.
Di bawah ni Norah dah tuliskan cara-cara dan step yang betul semasa menggunakan inhaler. Baca baik-baik dan share ya 😉
.
1. Goncang inhaler tu beberapa kali
2. Buka penutup dan pegang inhaler dengan terbalik
3. Dongak sedikit dan HEMBUS NAFAS (yang ni ramai tak buat)
4. Masukkan bukaan sprayer inhaler tu ke dalam mulut dan kemam dengan rapat.
5. Tekan spray, lepas, dan kemudian sedut nafas dalam-dalam melalui mulut dengan cepat.
6. Cuba tahan nafas dalam kiraan 10 saat.
7. Jika masih berterusan, ulang kembali dari langkah pertama

#info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Adakah anak anda masih mengalami asma? Perlukan rawatan yang mujarab? Mari dapatkan Minyak Herba Asmak sekarang.

Hubungi:

Norah. Pengedar sah MHAMSB.SD03001

016 831 3664

016 831 3664

016 831 3664