Tag Archives: G6pd

Anak Ada G6PD, Ubat Jenis Apa Yang Perlu Dielakkan?

Semua tahu, penyakit G6PD adalah penyakit yang berkaitan dengan darah. Selain kacang parang, ada sesetengah ubat adalah adakalanya tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap G6PD.
.
Apakah jenis ubat-ubatan tersebut? Jom lihat senarai di bawah:
.
Ubatan dalam rawatan Malaria:
Chloroquine
Fansidar
Maloprim (Mengandungi Dapsone)
Pentaquine
Pamaquine
Primaquine
.
Ubatan Lain:
Aspirin (Panadol – dalam dosej yang banyak)
Chloroamphenicol
Vitamin K
Thiazolesulfone
Dapsone
Phenylhydrazine
Nalidixic Acid
.
Keliru dengan nama-nama ubatan di atas? Ada baiknya anda meruju dengan doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan untuk anak anda.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

g6pd-rawat

Berapa Ramai Penghidap G6Pd Di Malaysia?

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh babycenter.com, bilangan penghidap G6PD di seluruh dunia adalah mencapai 400 juta orang. Di Malaysia, bilangan yang dikenalpasti adalah 1 dalam setiap 10 orang. Dan kebanyakan pesakit hanya mengetahui hal tersebut apabila dihantar ke hospital. Dalam sesetengah kes, penyakit ini disamakan dengan penyakit anemia dan asma.
.
Penyakit ini adalah disebabkan genetik, dan setakat ini tiada ubat khas yang dikenalpasti boleh merawat sepenuhnya masalah ini.
.
Namun begitu, tak semua penghidap akan menghadapi masalah kesihatan yang serius. Ada juga yang bertindak sebagai pembawa (carrier). Sebab itulah, ramai pasangan suami dan isteri yang sihat, namun setelah anak mereka lahir, anak tersebut disahkan menghidap G6PD. Ini berlaku kerana salah seorang dari ibubapa tersebut adalah carrier.
.
.
#infobyMHAMSB 

#MinyakHerbaAsmak

g6pd