Tag Archives: kembung perut

Bagaimana mengurus kesihatan bayi baru lahir?

Setiap pasangan yang baru berkahwin memang mengimpikan akan mempunyai anak. Anak-anak inilah yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Anak- anaklah yang akan menjadi penghibur di kala kesedihan dan membantu ibubapa di kala tua.

Seawal anak dari bayi lagi, persoalan kesihatan perlu diambil berat. Lebih-lebih lagi apabila bayi baru lahir. Ini disebabkan badan mereka belum ada system imunisasi yang dapat mencegah sebarang jangkitan virus merbahaya di sekeliling mereka.

Oleh itu, beberapa tips Farrah nak kongsikan di sini, khusus penjagaan bayi yang baru lahir.

  1. Pembersihan Uri

Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu, ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat  dibuangkan dari tubuhnya.

Oleh itu, uri adalah ‘sebahagian daripada organ’ dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan , uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu, uri tidak ada lagi peranan…”

Uri tersebut hendalah dibersihkan mengikut syara’. Selepas itu, uri perlu ditanam bagi mengelakkan ianya dimakan oleh haiwan.

  1. Mandikan dengan air suam

Selepas dilahirkan bayi perlu dimandikan untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran. Biasanya jururawat bertugas akan memandikannya semasa bayi masih berada di hospital dan keadaan ibu masih lemah selepas melahirkan.

Apabila berada di rumah, bayi sudah boleh dimandikan oleh ibu. Sebelum bayi dimandikan, pastikan air tersebut berada dalam keadaan suam. Sediakan kelengkapan seperti sabun dan syampu sebelum mula memandikannya. Keadaan bayi pada masa ini sangat lembut dan perlu dipegang dengan lebih berhati-hati.

  1. Lapkan bayi seberapa segera.

Selesai memandikan bayi tersebut, ambilkan tuala secepat mungkin. Ini untuk mengelakkan bayi dari kesejukan. Pastikan sekurang-kurangnya terdapat 3 helai tuala baru khusus untuk bayi anda. Kebersihan tuala juga perlu di titikberatkan.

  1. Gunakan minyak untuk elakkan kembung perut.

Apabila tiba masa untuk memakaian pakaian bayi, sediakan barang-barang keperluan seperti bedak badan, losyen, ‘alchol swab’ yang dibekalkan oleh doktor untuk mengecutkan tali pusat, kapas dan minyak untuk elakkan kembung perut. Farrah biasanya menggunakan minyak herba asmak, kerana minyak ini benar-benar membantu bayi daripada terkena perut kembung.

Jika anda berminat untuk mendapatkan minyak herba asmak sebagai pencegah kembung perut bayi?

Hubungi :

Norah. SD03001. Stokis mhamsb.

016 831 3664

016 831 3664

016 831 3664

+60168313664