Tag Archives: makanan ibu menyusu

MAKANAN UNTUK IBU SEMASA MENYUSU

Ketika menyusukan bayi anda, anda seharusnya memastikan diri anda mempunyai nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan susu yang banyak khas untuk bayi anda.

Antara makanan yang sesuai dengan ibu yang sedang menyusu ialah :

 Nasi perang & bijiran
 Buah-buahan & sayur sayuran
 Makanan berasaskan protein, kalsium & zat besi
 Kekacang
 Telur
 Kurma
 Bawang putih

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Semoga bermanfaat 😊

#InfoBy Mhamsb #MinyakHerbaAsmak

ibu-menyusukan-bayi