Apa itu Asma?
Bila menyebut perkataan asma, kita akan terbayang bagaimana anak-anak anda susah untuk bernafas, dada berombak dan keluar bunyi seperti wisel. Secara saintifiknya Asma bermaksud Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Peratusan penghidap asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak yang diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usianya meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia dalam lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Penyebab Asma berlaku
Secara khususnya, penyebab sakit asma belum lagi diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang membolehkan tercetusnya penyakit asma. Keadaan – keadaan tersebut adalah seperti allergik, infeksi terhadap saluran pernafasan, iritasi, cuaca, kegiatan jasmani dan fizikal.
Antara keadaan yang boleh mencetus asma berlaku:
- Debu di rumah dan bulu-bulu binatang peliharaan.
- Infeksi di saluran pernafasan disebabkan batuk atau selsema.
- Makanan seperti jenis ikan, telur, kacang tanah dan susu sapi
- Asap rokok.
- Melakukan kegiatan olahraga yang berlebihan.
- Faktor di dalam rumah seperti cat dinding, sabun cuci dan pewangi rumah.
- Faktor emosi seperti tekanan.
Kesan asma jika tidak dirawat
Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawat dengan baik. Dan perkara-perkara tersebut semuanya mempengaruhi hidup si penghidap asma.
.
Gangguan kualiti tidur
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kualiti kerja. Tiada orang yang boleh bekerja dengan baik dalam keadaan mengantuk.
Kurangnya aktiviti fizikal
Apabila aktiviti fizikal berkurang, maka risiko obesity akan meningkat. Siapa kata obese bagus? Biasanya mereka yang obese akan mempunyai masalah-masalah lain di kemudian hari seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.
Perubahan di salur udara.
Serangan asma yang semakin kerap akan mengubah struktur salur udara dalam jangka masa panjang. Dan biasanya, perubahan ini adalah kekal sepanjang hayat. Apabila salur udara berubah dan rosak, peparu akan mengalami kekurangan oksigen dan menjadi rosak dalam jangka masa panjang.
Hospital
Tahukan anda, asma adalah sebab ketiga terbesar kanak-kanak dimasukkan ke hospital di US. Dan mereka tidak akan dibenarkan balik selagi mereka tidak dapat bernafas seperti normal.
Kematian
Ada satu pertubuhan di US yang menemui kadar kematian disebabkan asma, iaitu 9 orang mati disebabkan asma setiap hari. Jika di Malaysia, mungkin lebih sedikit jumlahnya. Kebanyakan kematian tersebut adalah kematian yang boleh dielakkan dengan rawatan yang sepatutnya.
Bagaimana merawat asma
Biasanya pesakit – pesakit asma akan menggunakan alat bantu pernafasan atau inhaler untuk menghilangkan Asma. Namun, tahukah anda penyakit tersebut boleh dirawat menggunakan kaedah semulajadi? Salah satunya adalah menggunakan produk yang dinamakan minyak herba asmak.
Berikut diberikan 9 kaedah semulajadi untuk merawat asma:
- BUAH AVOKADO
Buah avokado telah diketahui memiliki kandungan konsentrasi paling tinggi l-glutathione iaitu makanan anti-asma yang mampu membuat perlindungan sel, melawan kerosakan disebabkan radikal bebas, dan detoksifikasi tubuh dari pencemaran serta zat berisiko lain. l-glutathione di dalam buah avokado juga boleh menolong peradangan quells sistemik dan melakukan pemulihan kesihatan usus yang rosak. Suatu sistem yang pada gilirannya menolong menghindari penyebab asma.
- BUAH PISANG
Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2011 oleh beberapa penyelidik dari Imperial College London, makan buah pisang setiap hari boleh menghindari asma. Kajian tersebut mendapati bahawa anak-anak yang makan sebiji buah pisang setiap hari, akan mengalami penurunan risiko tanda-tanda asma sehingga kurang 34 %.
- BUAH EPAL
Buah epal memiliki kandungan quersetin yang terbukti memberikan perlindungan yang kuat pada asma. Satu kajian dari eropah mendapati bahawa wanita hamil yang memakan sekurang-kurangnya empat biji epal seminggu, 53 % lebih rendah risiko melahirkan anak dengan penyakit asma.
- SAYUR KOBIS
Sayur kobis adalah sumber semulajadi vitamin c yang mempunyai kekuatan unik merawat radikal bebas dan bertanggung jawab pada kontraksi otot polos saluran napas sisi didalam. Sayur Kobis juga adalah sumber fitokimia beta-karoten sebagai antioksidan kuat mengurangi tanda-tanda asma atau mencegahnya.
- SAYUR BAYAM
Suatu penelitian yang melibatkan 68 responden wanita menunjukkan bahawa penggunaan bayam yang tinggi berkait rapat dengan menyusutnya risiko asma. Hasil kajian ini disokong oleh fakta bahawa bayam mengandungi vitamin C, beta-karoten, vitamin E, dan magnesium.
- AIR
Umumnya orang yang didiagnosis mempunyai asma, biasanya mengalami keadaan dehidrasi. Menurut beberapa pakar, tanda-tanda asma itu bermula sebagai peringatan bahawa tubuh memerlukan air. Oleh itu, setiap hari perlu amalkan meminum air yang banyak untuk menghindar berkembangnya tanda-tanda asma.
- HALIA
Halia adalah ramuan anti-asma yang kuat, apalagi sebahagian orang menyebutkan bahawa manfaatnya adalah lebih baik berbanding ubat antihistamin layaknya benadryl saat membersihkan saluran pernafasan serta menghentikan peradangan.
Kandungan serat serta ciri antioksidannya menjadikan halia boleh jadi ubat yang baik tanpa menyebabkan kesan samping yang berisiko, maknanya ia selamat untuk anda menambahkannya ke dalam makanan seharian serta minuman untuk kesehatan yang baik.
- KUNYIT
Bahan aktif anti-inflamasi didalam kunyit juga berkesan menangani peradangan yang bertanggung jawab pada pembengkakan paru-paru serta konstraksi saluran pernafasan sepanjang serangan asma. Ini disebabkan kunyit menolong melebarkan pembuluh darah serta mengendurkan otot, selain itu kunyit adalah senjata baik saat mencegah timbulnya tanda-tanda asma.
- MINYAK HERBA ASMAK
Minyak herba asmak merupakan minyak mujarab untuk merawat asma/batuk/selsema. Ia di diperbuat dari habatussauda, minyak zaitun, minyak kelapa dara, pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat, tapi suci. Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah hasil R&D (Research & Development) @ penyelidikan dan Pembangunan dan menggunakan teknologi NANO.
Mahu mendapatkan khidmat nasihat rawatan asma tanpa perlu makan ubat?
Hubungi kami di talian 016-8313664 (Norah).
Pengedar sah mhamsb. SD03001.
.