Tag Archives: minyak urut bayi

MINYAK MENGURUT BAYI

Kebiasaannya ibu-ibu akan menggunakan minyak untuk mengurut bayi mereka bagi memastikan bayi mereka lebih selesa ketika diurut. Lain orang lain pandangan mereka mengenai urutan menggunakan minyak.

Sesetengah ibu suka menggunakan minyak bayi mineral, manakala sesetengah yang lain pula memilih minyak sayuran tertentu. Sesetengah minyak dikatakan lebih mudah meresap ke dalam kulit bayi. Samada minyak yang meresap ke dalam kulit ataupun yang menjadikan kulit berminyak dan licin, semuanya terpulang kepada anda untuk memilihnya

Tapi terdapat beberapa minyak ataupun krim yang tidak digalakkan untuk digunakan ketika mengurut bayi :

 Minyak biji sawi, kerana kaedah pemprosesannya menyebabkannya tercemar dengar biji-bijian lain.
 Minyak kacang tanah, kerana protein di dalamnya boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit bayi, kecuali jika ia jenis minyak ditapis
 Krim aquos, kerana ia mengandungi bahan pencuci yang mungkin menyebabkan kegatalan pada kulit bayi.

Minyak sayuran yang tinggi kandungan asid linoleik mungkin lebih mesra pada kulit bayi anda. Asid linoleik adalah asid lemak penting yang membantu melindungi elemen penghadang pada kulit bayi. Minyak-minyak sayuran yang biasanya mengandungi asid linoleik yang tinggi termasuk:

 minyak kesumba (safflower)
🍒 minyak biji anggur (grapeseed)

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #EssentialOil

minyak-urut-bayi