Tag Archives: percutian

5 Tips persediaan ke tempat percutian

Mulakan hari ini dengan ucapan syukur kepada yang maha kuasa, yang terus memberi peluang untuk kita menikmati keindahan ciptaanya dan terus berusaha untuk membuat sesuatu yang terbaik disisinya.
.
Minggu ni cuti sekolah, mesti uolls sibuk becuti membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik di dalam / luar Negara. Namun uolss kena berhati-hati ye.Cuaca tak menentu sekarang. Sekejap panas kemudian sejuk dan kekadang hujan.
.
Sediakan ubat-ubatan sebelum membawa anak ke mana-mana. Tak le nanti kelam kabut mencari klinik. Selain itu di sini kak norah nak kongsikan lagi beberapa tips untuk uolss sediakan sebelum bercuti di luar kawasan.
.
1. Pastikan makanan dan kelengkapan anak-anak adalah mencukupi. Jika ada makanan yang sesuai yang boleh diperolehi di tempat bercuti, pastikan ada bajet yang mencukupi untuk membeli makananan tersebut. Selain itu, ibubapa harus mempersiapkan diri dan minda untuk melebihkan tenaga untuk menyiapkan kelengkapan anak-anak. Rancang semuanya dengan rapi.

2. Rancang percutian sebaiknya. Sedikan peta lokasi tempat-tempat menarik sekitar yang ditujui. Terutamanya tempat makan yang sedap dan dekat.

3. Mempunyai wang tunai yang mencukupi bagi tujuan berpelanjaaan di tempat yang dilawati.

4. Dapatkan maklumat melalui internet apakah ole-ole yang sesuai untuk dibeli mengikut bajet anda. Senaraikan nama-nama penerima ole-ole supaya belian dibuat dengan terancang dan tidak berlebihan.

5. Buat sebarang tempahan dengan lebih awal. Contohnya tempat untuk menginap, tiket masuk ke taman tema dan sebagainya. Lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah atau cuti umum. Pada masa tersebut bilangan yang melancong meningkat berkali ganda. Jika tidak memuat tempahan lebih awal, khuatir tidak dapat masuk dan ini akan merugikan masa dan tenaga anda.