Tag Archives: urutan bayi

TIPS SEBELUM MELAKUKAN URUTAN PADA BAYI

🌹Pilih masa yang sesuai, di mana bayi berada dalam keadaan yang paling rilek, santai, tidak penat dan kenyang.
🌹Letakkan bayi di atas tuala yang dibentang di atas lantai atau katil. Si ibu pula duduk bertentangan dengan bayi
🌹Cuba cari posisi yang paling selesa di mana si ibu boleh membuat eye-contact dengan bayi. Pastikan tiada lampu atau cahaya di atas kepala bayi anda untuk mengelakkan silau.
🌹Nak pakai lampin atau tak? Sebenarnya terpulang, tetapi kalau bayi tak pakai lampin, pergerakan lebih bebas dan bayi dapat merasai pergerakan semasa urutan.
🌹Sebelum bermula, sediakan dulu baby oil yang sejuk untuk urutan. Cuba elakkan minyak urutan yang mempunyai essential oil yang pekat, kerana kulit bayi masih sensitif.
🌹Masa terbaik untuk urutan? Seeloknya, selepas mandi dan juga sebelum tidur adalah masa yang terbaik untuk bonding-time.
.
.
🌸 Semoga Bermanfaat 🌸
.